Usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan kekesalannya terhadap mereka yang tidak memahami mesej ingin disampaikannya. DSV sebelum ini teruk dihentam warganet apabila menasihati golongan 'bendera putih' supaya jangan malas dan berusaha.
Menurutnya, dia juga pernah melalui zaman kemiskinan dan keperitan hidup namun berjaya bangkit untuk mengubah nasib diri dan keluarganya. "Saya dikecam teruk, saya dihentam dari smeua penjuru. Yang tak memahami apa yang cuba saya sampaikan, tak nak ambil apa yang saya cakap ni sebagai positif. "Ramai ambil apa yang saya cakap itu sebagai negatif," ujarnya. Tambahnya, dia mengambil semua kritikan dan kecaman pedas dilemparkan terhadapnya dengan fikiran positif. "Tiada orang mampu mengubah hidup melainkan kita sendiri. Tapi orang pandang seolah-olah jahatnya saya, sombong, bongkak, angkuh, riak dan macam-macam tohmahan kat saya," katanya.
|
LipasComel replied at 13-7-2021 02:29 PM
iols paham je apa yg nak disampaikan DSV ni. baru2 ni i dapat tau org yg i kenal, guna apps tu up be ...
ADVERTISEMENT