CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meghan Markle Dan Putera Hary Dianugerahkan RM2912 Sebab Hanya Nak Dua Anak

12-7-2021 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4403| Komen: 27

LONDON – Sebuah badan kebajikan Britain memuji tindakan pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle atas keputusan pasangan itu yang hanya mahu mempunyai dua orang anak, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Badan kebajikan Population Matters akan menganugerahkan pasangan itu wang berjumlah $695 (RM2,912) atas keputusan memilih untuk mempunyai keluarga kecil sekali gus menetapkan teladan buat orang ramai.

Kredit foto: Agensi


“Memiliki keluarga yang kecil mengurangkan impak kepada Bumi dan mewujudkan peluang yang lebih baik kepada generasi akan datang untuk menghuni di planet yang sihat.

“Kami meraikan keputusan Duke of Sussex dan isterinya yang memilih untuk mempunyai keluarga kecil kerana keluarga kecil juga boleh menjadi keluarga yang bahagia,” tulis badan kebajikan itu dalam satu kenyataan.


Pasangan tersebut memaklumkan kepada majalah British Vogue pada 2019 bahawa mereka merancang untuk mempunyai dua orang anak bagi mengurangkan impak kepada persekitaran.

Pasangan itu bulan lalu meraikan kelahiran anak perempuan yang diberi nama Lilibet. Anak sulung mereka, Archie lahir pada 2019. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 12-7-2021 03:37 PM
huh.. badan kebajikan lak sumbang duit kt royals??
Quote adm7 12-7-2021 03:39 PM
Bagus ada kesedaran mcm ni.
Utamakan kualiti dari kuantiti
Quote Cenderakirana9 12-7-2021 03:42 PM
Kenapa diorang yang sumbangkan duit pulak?
Quote MsPercy 12-7-2021 03:44 PM
Royal suksek takde duit ke sampai badan kebajikan sumbang duit
Quote Orix 12-7-2021 03:44 PM
Ummah lobai jah pefeeling anak banyak berderet2 tu bagus. Ummah kaya nan raya hari hari hari raya pun nak anak 2 jah.
Quote MsPercy 12-7-2021 03:45 PM
Dunia dh terbalik. Tp mmg royal makan duit rakyat kan
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 03:51 PM
orang ado2 jugakkkk anak sikit. yang nan ado tudiaaaaa. boleh buat team bola!
Quote meow_tompok 12-7-2021 03:53 PM
Memiliki keluarga yang kecil mengurangkan impak kepada Bumi dan mewujudkan peluang yang lebih baik kepada generasi akan datang untuk menghuni di planet yang sihat.


I like



Quote sharlenetexas 12-7-2021 03:54 PM
Sheols duk naik private jet tu elok utk bumi sangat ke? Makin bertambah carbon foot print.
Quote my_irina 12-7-2021 03:54 PM
Bukan anak dorang pun
Quote delia3003 12-7-2021 03:57 PM
Award merapu apekah ini? Bagi award sbb nak anak 2 orang. Habis tu yg diorang asyik naik private jet tu tak nak kira pulak. Daripada bagi award kat manusia privilege mcm ni, baik ler bagi kat marhaen.
Quote allshares 12-7-2021 04:12 PM
Mungkin boleh dipraktikkan kt malaysia. Yg ade 2 anak kebawah bagi la saguhati setiap 5thn. Mungkin akan bagi impak kecil kt rakyat. Bila tetiba ko start anak 3 ko x dpt dah utk next saguhati 5thn berikutnya.

kkm pun habis bnyk duit jgk utk setiap baby yg lahir kt msia ni, so fair la org yg beranak sikit dpt saguhati
Quote ellejo 12-7-2021 04:13 PM
rasanya semua royal anak 2 kecuali william dgn baginda ratu. charles, anne, andrew, edward semua anak 2.


tak dapat award pong??
Quote green~tea 12-7-2021 04:15 PM
ellejo replied at 12-7-2021 04:13 PM
rasanya semua royal anak 2 kecuali william dgn baginda ratu. charles, anne, andrew, edward semua ana ...

sbb mereka bukan meghan.. black lives matter  
Quote dani-rox 12-7-2021 04:31 PM
Makceehh uols - Rachel





Quote Tinot7 12-7-2021 06:13 PM
la nih tgh kecoh psl heri pakai HRH dalam birth cert lil bet.. tiba2 dpt award sbb anak sikit.. dah ikat ke apa?
Quote None68 12-7-2021 06:15 PM
Sikitnya..ambik jugak ker?
Quote imransulaiman 12-7-2021 09:05 PM
my_irina replied at 12-7-2021 03:54 PM
Bukan anak dorang pun

Maksud awak?

Tapi lain cerita...Harry pun dah nak botak juga rupanya.
Quote my_irina 13-7-2021 08:16 AM
imransulaiman replied at 12-7-2021 09:05 PM
Maksud awak?

Tapi lain cerita...Harry pun dah nak botak juga rupanya.

Bertebaran gossip mengatakan dorang guna surrogate parents...n ade juga gossip mengatakan anak2 tu doll shj...ramai demand BRF buat DNA test

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.102387 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top