Seorang wanita dan anak perempuannya berjaya diselamatkan selepas kenderaan yang mereka naiki tersangkut dalam lumpur gara-gara tersesat ketika mengikut aplikasi Waze di Jalan Kampung Gajah-Changkat Lada di sini tengah malam Ahad.
Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona yang dipandu wanita berkenaan sehingga memasuki kawasan ladang sawit kira-kira tiga kilometer dari jalan utama sebelum terbabit dalam kejadian itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah, Nor Mazlan Mohd Salleh berkata, panggilan kecemasan itu diterima pada jam 12.20 malam selepas mangsa menghubungi sendiri talian 999. Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta dalam keadaan tersangkut di dalam lumpur. "Anggota kemudiannya menggunakan 'webbing' dan menarik keluar kereta mangsa dari kawasan lumpur itu.
"Kedua-dua mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin. Beliau berkata, maklumat awal memaklumkan, dua beranak itu dalam perjalanan dari Chenderong Balai menuju ke arah Changkat Lada. "Mangsa menggunakan aplikasi Waze untuk perjalanan itu dan sesat ke dalam ladang sawit menyebabkan kereta dinaiki tersangkut dalam lumpur," katanya. Jelasnya, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 1.30 pagi. Sumber: Sinar Harian
|
Firenzza replied at 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona ...
Firenzza replied at 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona ...
Firenzza replied at 12-7-2021 08:44 AM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona ...
Firenzza replied at 12-7-2021 04:44 PM
....Wanita berusia 37 tahun dan anaknya 10 tahun itu dilaporkan menaiki kereta jenis Toyota Corona ...
sarahmirza replied at 12-7-2021 05:03 PM
baru habis SPM ke dik?
Thunderclouds replied at 12-7-2021 06:07 PM
Ade jual lg ke model nih??
DumBell replied at 12-7-2021 06:29 PM
ada lagi..
corrolla 1.6cc =vios
corona 1.8 cc=camry
DumBell replied at 12-7-2021 06:29 PM
ada lagi..
corrolla 1.6cc =vios
corona 1.8 cc=camry
ADVERTISEMENT