|
Seorang wanita di Taiwan tidak menyedari serpihan sumpit terbenam selama seminggu di dalam hidungnya. Wanita berusia 29 tahun itu pada mulanya dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas bergaduh dengan adiknya.
Di hospital, dia menerima rawatan di hidung dan bawah mata kiri, namun doktor tidak mengesan sebarang objek ganjil di kepala mangsa. Bagaimanapun, selepas dibenarkan pulang, dia curiga kerana lukanya semakin serius lalu kembali ke hospital. Dia curiga sumpit digunakan adiknya ketika mereka bergaduh masih belum dikeluarkan dari tubuhnya. Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, pasukan perubatan menemui serpihan sumpit masih terbenam di tengah hidung mangsa. Imbasan dijalankan juga mendapati terdapat dua serpihan sumpit dengan panjang 3.5 dan lima sentimeter (cm). Pemeriksaan lanjut juga membuat kesimpulan pendarahan serius dialami mangsa disebabkan luka serpihan sumpit berkenaan.
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.215664 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.