JAKARTA – Seorang gadis di Indonesia dibakar hidup-hidup oleh bekas kekasihnya selepas bertindak menolak lamaran lelaki itu, lapor Suara.com baru-baru ini.
Mayat mangsa yang berusia 19 tahun dari Tangerang, Banten dikenali sebagai SZ ditemui di sebuah kebun ubi kayu milik penduduk Desa Suradita. Menurut Ketua Polis Tangerang Selatan, Asisten Komisioner Iman Imanuddin, motif pembunuhan dipercayai kerana sakit hati. “Suspek bernama E,20, bersama rakan subahat bernama U (42) telah ditahan polis di Cibogo, Cisauk, sehari selepas mayat ditemui. “E pernah menjalin hubungan dengan mangsa dan menghantar rombongan meminang. Namun begitu, pinangannya ditolak lantas membuatkan suspek berasa marah,” kata Iman.
Baru-baru ini, warga Desa Suradita dikejutkan dengan penemuan mayat yang hangus terbakar di kebun ubi kayu dan video tersebut tular di media sosial. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT