|
Sebut saja nama Muaz Fitri, mungkin akan ramai tertanya-tanya siapa gerangan pelakon lelaki ini? Tapi, jika disebut pula watak Hakim dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) mesti ada yang sakit hati.
Karekter Hakim itu agak 'jahat' kerana dibelenggu dendam dan bercita-cita tinggi. Namun, itu perjalanan kisah kerjaya seorang pelakon. Jika watak dilakonkan lemah, dikritik juga. Malah, apabila agak antagonis pula tentu diterjah dengan pelbagai kecaman. Bagi Muaz atau nama sebenarnya, Muaz Aidil Fitri Maslan, 30, tidak mudah kanvas kerjaya seni lakonnya dilakar. Selepas lebih sedekad mencuba, baharu kini mendapat perhatian. Itupun dengan sisi karekter hitam. "Saya tak nafikan, bakat lakonan mula dinilai pihak produksi selepas beraksi dengan beberapa watak antagonis. Sedangkan, banyak juga drama watak lelaki baik yang saya lakonkan, tapi tidak diingati.
"Apapun, ini namanya rezeki selepas melalui pengalaman sedih. Saya pernah tidak dibayar berlakon selepas projek siap dan ditawarkan bayaran rendah kerana nama tak dikenali. "Namun, semua itu saya tak pernah simpan dalam hati kerana sedar ia proses kehidupan. Pengalaman dilalui itu banyak memberi pengajaran pada saya untuk lebih berhati-hati ketika berurusan," katanya. Turut bersikap terbuka berkongsi secebis kisah peribadinya, Muaz sama sekali tidak berahsia mengenai hubungan cinta bersama kekasih yang juga pengurus kerjayanya, Qaseh Anita, 45.
|
slyfynx replied at 13-7-2021 11:19 AM
Dr dulu lagi kisah die ni pasal gf tua.
Feb 2021 kisah sama jugak. Dah ade pun thread.
fadz84 replied at 13-7-2021 11:31 AM
Xde bnda nk cite.. so buat ulangsiar jela.. hehehe..
slyfynx replied at 13-7-2021 11:19 AM
Dr dulu lagi kisah die ni pasal gf tua.
Feb 2021 kisah sama jugak. Dah ade pun thread.
prizadane replied at 13-7-2021 11:03 AM
Tahniah dik ada kekasih dah. Sepadan. Tak nampak macam 15 tahun beza pun. Nampak sebaya
gummiebear replied at 13-7-2021 12:51 PM
Iols kenal heols ni sebab tengok cite misiku kuza
kelapaparut replied at 14-7-2021 11:00 AM
die pegang watak nurse lelaki yg lembut2 gemuk tu ke, nmpk real sgt lakonan dia
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032628 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.