CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Memilih?

13-7-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9306| Komen: 50

Selepas kejayaan drama, Projek Anchor SPM, nama pelakon, Nadhir Nasar kini semakin mendapat perhatian ramai pihak.

Kebanyakan daripada mereka menganggap kualiti lakonan yang ditonjolkan oleh Nadhir kini dilihat lebih matang berbanding dengan naskah-naskah sebelumnya.


Lantaran itu, timbul pula cakap-cakap daripada segelintir pihak yang mendakwa bintang tersebut kini dikatakan semakin memilih naskah yang ditawarkan lebih-lebih lagi bila melibatkan drama-drama yang mempunyai genre ‘cliche’.


Foto: IG

Menerusi satu temu bual bersama MH baru-baru ini, Nadhir sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan setiap naskah mempunyai kekuatannya yang tersendiri.


“Kadang-kala, walaupun sesebuah watak itu tak kena dengan jiwa, kita tetap juga boleh jadikan naskah itu berjaya.

“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya akan buat perubahan dari segi lakonan.


“Dengan gaya lakonan yang mantap, apa sahaja watak yang kita bawa, pasti sahaja boleh menarik perhatian penonton.

“Apa yang saya lihat setakat ini, drama-drama cliche ini kebanyakkannya berjaya kerana ia memiliki pengikut yang ramai,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, juara Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan dirinya tetap akan meneliti terlebih dahulu setiap naskah yang telah ditawarkan kepadanya.



“Nak kata saya memilih naskah, itu memang sudah semestinya. Kalau kita sendiri tahu naskah tersebut takkan berjaya, kenapa kita masih lagi nak buat?

“Tetapi setahu saya, kebanyakan produksi di Malaysia ini, kalau storyline mereka kurang menarik, pasti naskah tersebut akan jadi bagus dari segi mutu lakonan. Kita kena tahu macam mana nak memainkan watak tersebut.



“Bagaimanapun sebagai seorang pelakon baru, saya akan ambil sahaja tawaran yang diberikan dan saya akan olah setiap watak tersebut menjadi lebih baik,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Nadhir memaklumkan dirinya kini terpaksa menangguhkan terlebih dahulu beberapa projek drama terbarunya memandangkan negara ketika ini sedang perdepan dengan gelombag ke-3 pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 13-7-2021 12:41 PM
“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya akan buat perubahan dari segi lakonan.

Kelas ko berangan anak CEO.. Anak makcik jual nasi lemak tak nak ke? Muka pun bg mata aku, tak hensem langsung. Anak CEO konon. Hahahaha.
Siyes ke mamat ni juara Hero Remaja 2020? Awat muka rempit beno?
Quote nazzse 13-7-2021 12:49 PM
Handsome level berapa mcm ni?
Ikhlas tanya
Quote SiMontel 13-7-2021 01:04 PM
aku rasa dia ni  hero remaja yg agak unik..kalau org tak ckp dia hero remaja mmg  laa org taktau pun..
Quote fadz84 13-7-2021 01:11 PM
Skrg tgh berlangsung audition pencarian HR terkini kn.. lain sgt tengok peserta2 tahun 90an dulu ngn yg skrg..
Quote twins 13-7-2021 01:37 PM
dia ni sblm citer project anchor tu memang tak pernah tau keujudan dia pun...  tengok citer tu pun sebab ada Aedy...
Quote kembunghitam 13-7-2021 01:45 PM

dari aritu meols tertanya-tanya..heols dr mana?

parit ponorogo kah ?
Quote per706 13-7-2021 01:49 PM
Perasantan
Quote slyfynx 13-7-2021 02:01 PM
Kuingatkan Nadiya Nisaa bile baca tajuk tadi
Quote akuHavocczz 13-7-2021 03:02 PM
Motif utama hero remaja / dewi remaja ni memang nak cari pelakon ke?
Quote mamajawie 13-7-2021 03:03 PM
muka ni jadi HERO REMAJA??????????????????

yang memilih pun agak2 la muka Lombok keje sawit gak yg ko pilih jadi hero remaja..Turn offfff btul
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 03:03 PM
haaaa juara hero rumaja???? husnuzon jela mungkin ada yang benda menarik pasal dek non ni.
Quote mrsqueen 13-7-2021 03:14 PM
Ferr_Remy replied at 13-7-2021 12:41 PM
“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya aka ...

sama lah.macam mana jadi hero remaja pun tak tau la
Quote Ferr_Remy 13-7-2021 04:07 PM
mrsqueen replied at 13-7-2021 03:14 PM
sama lah.macam mana jadi hero remaja pun tak tau la

Iols mula2 baca sekali imbas pasal die juara hero remaja... Iols trpaksa baca blik betul2 sbb nak make sure iols tak salah baca. Then iols gigih google sbb x percaya hahahaha. Bg iols klu muka camni masuk hero remaja pun mcm x layak jer. Mmg tak percaya smpai skrg hahahaha.
Quote irvene 13-7-2021 04:21 PM
jazmy juma khan handsome! tak dirisik ke oleh pengarah2 malaysia? boleh digilap bakatnya
Quote naina 13-7-2021 05:40 PM
Confident dehh mamat ni nak memilih
Quote follesegal 13-7-2021 05:41 PM
nakkomenjugak replied at 13-7-2021 03:03 PM
haaaa juara hero rumaja???? husnuzon jela mungkin ada yang benda menarik pasal dek non ni.

masa btnding hero remaja, dia sgt bijak n jauh tgglkn iq peserta lain. tu je nk habaq huhu
Quote kakigojes 13-7-2021 05:48 PM
Ferr_Remy replied at 13-7-2021 04:07 PM
Iols mula2 baca sekali imbas pasal die juara hero remaja... Iols trpaksa baca blik betul2 sbb nak  ...

Muka dia editorial high fashion la jugak.. not bad cuma tak la cup of tea everyone.. gitu
Quote whadda 13-7-2021 05:49 PM
ye ke memilih?? kee sikit je offer dapat??
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 05:53 PM
follesegal replied at 13-7-2021 05:41 PM
masa btnding hero remaja, dia sgt bijak n jauh tgglkn iq peserta lain. tu je nk habaq huhu

yeke? bagus laaa gitu. Last HR iols ambik tau pun zaman awal 2000an je.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.117475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top