CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Canggih! Tandas Tukar Najis Jadi Sumber Tenaga, Mata Wang Digital

13-7-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2473| Komen: 11

Seorang pensyarah dari Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) di Korea Selatan berjaya mencipta tandas mesra alam yang diolah menjadi tenaga.

Teknologi terkini akan memproses najis manusia menjadi sumber tenaga termasuk untuk sebuah bangunan.





Idea ini cetusan pensyarah, Cho Jae-weon yang mencipta tandas itu yang disambungkan ke makmal dan menukarkan najis menjadi biogas serta baja.

Malah, pelajar yang menggunakan tandas tersebut akan memperoleh ‘mata yang boleh ditebus untuk membeli makanan, buku dan sebagainya.

Tandas yang digelar BeeVi ini menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah sekali gus mengurangkan penggunaan air.



Mikroorganisma memecah sisa menjadi metana sehingga menjadi sumber tenaga untuk bangunan, menghidupkan dapur gas, dan sel bahan bakar oksida pepejal.

“Jika kita berfikir di luar kotak, najis memiliki nilai berharga untuk membuat tenaga dan baja. Saya telah memasukkan nilai ini ke dalam peredaran ekologi,” katanya dipetik Reuters.

Menurut kajian, setiap orang membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukar menjadi 50 liter gas metana.



Arus elektrik 0.5kWh akan dihasilkan daripada gas tersebut dan ia boleh digunakan untuk memandu kereta sejauh kira-kira 1.2 kilometer.

Menariknya, Cho juga telah mencipta mata wang maya bernama Ggool atau madu dalam bahasa Korea.

10 Ggool akan diperoleh sehari bagi setiap orang yang menggunakan tandas mesra alam untuk kegunaan membeli barang di kampus, seperti kopi, mi segera, buah-buahan, buku dan banyak lagi.




Sumber: Era.je

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 13-7-2021 02:45 PM
bagusnya..kalu ada kat malaysia ni bleh la duit tu dijadikan points copee ke lajadah kn..hehe
Quote Friska 13-7-2021 02:47 PM
Ada-ada aja ya
Quote Artemesiaa 13-7-2021 02:53 PM
Bagus malah dapat Ggool yang boleh diguna untuk beli barang2 bukan kena bayar selepas guna macam disini
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 02:55 PM
wowww dari najis ke duit
Quote missycutie 13-7-2021 07:04 PM
brilliant betul
Quote CiliPadiSedap 13-7-2021 09:43 PM
Cirit birit boleh dapat duit lebih x? Sebab gas asli nya lebih
Quote Supersirap 14-7-2021 09:16 AM
Ciptaan yang sangat bermanfaat
Quote cariplease 26-7-2021 07:30 PM
Hahahaha ciptaan luar kotak
Quote bictoria 27-7-2021 02:15 PM
innovative
Quote kemaruk 27-7-2021 02:17 PM
ini baru betul2 melabur
Quote Skuau 27-7-2021 02:18 PM
udah kalau di Msia..PATI indon,bangla,myanmar,nepal akan 'DIPAKSA' berak oleh majikan mereka.....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.253305 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top