Pelakon Nasz Sally akui sukar menempatkan diri sebagai pelakon lebih dikenali dalam industri. Katanya, biarpun kerap terbabit dalam produksi filem, drama dan teater, dia percaya ramai masih memandang fizikal berbanding bakat.
"Mungkin faktor fizikal dan rupa saya yang dikatakan tak cantik dan plus size. Mungkin... "Dan mungkin saya dicop sebagai 'character actor' yang sering diberikan watak lawak atau belum rezeki saya untuk diberi peluang watak yang lebih mencabar bakat saya dan menyerlahkan lakonan saya. "Alhamdulillah saya bersyukur dengan penerimaan peminat saya dan industri untuk hasil kerja saya sebelum ini. "Saya percaya dengan bakat yang ada dan bukan mengejar glamor saja dalam kerja saya," katanya kepada Gempak. Kongsi Nasz atau nama sebenarnya Nazurah Hanoom Hanafie, dia pernah diejek di set penggambaran namun cuba memujuk diri untuk terus percaya pada rezeki.
"Industri seni kita, to survive is not easy for me. Semestinya ada ups and downs. Tapi saya tidak pernah berputus asa akan rezeki yang diberi dan percaya dengan rezeki sendiri. "Tipulah saya tak pernah kena marah on set, ada saja kena marah, kena tegur dan dipanggil names about my body, my acting, but asalkan saya buat yang terbiay dan sentiasa ingatkan diri saya it's not about glamous. It's about your art work. Sabar dan terys percaya dengan bakat sendiri," ujarnya. Nazs kini muncul dengan dua drama serentak yang sedang ditayangkan iaitu Ratu Ten Pin dan Love Elsa. Sumber: Gempak
|
selipar_hijau replied at 13-7-2021 03:48 PM
Tengok dia ni teringat pelakon thai yg belakon lawak2 gak nama Tukky (Sudarat Butrprom). Dia ada bel ...
ADVERTISEMENT