|
Andai masih berkecimpung dalam industri lakonan meski lanjut usia, Fikry Ibrahim enggan dilabel sebagai hero tua. Berkata kepada Kosmo, dia yang berusia 27 tahun akui sedar akan berusia sama seperti barisan pelakon senior lain. "Saya tertanya-tanya juga kerana isu hero tua ini berkait dengan saya. Andai suatu hari saya akan sampai ke tahap itu (berusia), saya tidak suka orang melabel saya sebagai hero tua. "Hero adalah hero dan usia adalah usia. Jika kita tidak menghargai bakat orang lama bagaimana industri lakonan tempatan mahu berkembang. "Nanti apabila usia sudah mencapai angka 60 tahun maknanya sudah cukup, pencen dan tidak perlu berlakon? Sebagai pelakon saya bimbang akan kedudukan saya pada masa depan," katanya. Tegasnya, tidak wajar pelakon senior dipandang sebelah mata, sebaliknya mereka harus dihormati kerana pengalaman diperoleh mereka. "Saya tahu dan sedar, memang tidak boleh menjadi jutawan jika bekerja sebagai pelakon melainan mereka memiliki perniagaan atau kerjaya lain "Rata-rata mereka yang terus kekal dalam industri hanyalah kerana minat dan mahu lakonan mereka memberi manfaat kepada orang lain," ujarnya. |



Rata-rata mereka yang terus kekal dalam industri hanyalah kerana minat dan mahu lakonan mereka memberi manfaat kepada orang lain




hyie replied at 13-7-2021 07:12 PM
heshe wangi dan hemsem. Cuma iols rasa heshe ni jenis panas baran, berdasarkan susur galur jugak...
Minami2013 replied at 13-7-2021 05:49 PM
Omg.. i suka novel ayahanda tu.. begitu masuk kejiwa masa baca. Looking fwd nak tgk cerita ni sambil ...
Minami2013 replied at 13-7-2021 05:49 PM
Omg.. i suka novel ayahanda tu.. begitu masuk kejiwa masa baca. Looking fwd nak tgk cerita ni sambil ...
samshik replied at 13-7-2021 03:10 PM
Bkn baru ni die ada gaduh ngn mikel ka??
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.