CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditanduk Lembu Sado Sampai Terburai Usus

14-7-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3993| Komen: 24

Alor Setar: Usaha seorang lelaki membantu rakannya merawat seekor lembu sado yang cedera di kaki berakhir tragedi apabila usus perutnya terburai ditanduk lembu berkenaan jam 8 pagi semalam.


Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Hakim, 50, datang ke ladang ternakan lembu milik rakannya di Kampung Chakadong, Bukit Tembaga, Pokok Sena di sini, untuk membantu rakannya itu.

Pemilik ladang lembu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 30-an berkata, lembu sado peliharaannya seberat lebih satu tan itu cedera di kaki.

Foto: Harian Metro

"Hakim kerap datang ke ladang ternakan lembu saya untuk membantu menjaga haiwan ternakan ini. Bagaimanapun, semalam, lembu itu bertindak agresif, mungkin kerana tidak sihat.


"Namun sepanjang saya menternak lembu di sini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku," katanya ditemui di ladangnya hari ini.

Mat berkata, lembu sado baka 'blonde' itu berusia dua tahun lebih dan ia menanduk Hakim sebanyak tiga kali ketika mereka sedang merawat kakinya sebelum berjaya ditenangkan.

Katanya, sejurus kejadian, dia terus membawa Hakim ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

"Keadaan Hakim kini stabil," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Adrif

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 14-7-2021 02:42 PM
semoga cepat sembub
Quote Decaffeinated 14-7-2021 03:14 PM
Nasib ko ja baik dek umur tu panjang.

Binatang tu dah memang takde akal masa dia sakit semua di sekeliling tu ancaman. Ko datang dekat ko kena. Ko ingat ko pujuk2 bercakap dgn lembu tu dia faham ka?
Quote darkness 14-7-2021 03:19 PM
Siannyalahai...moga cepat sembuh pokcik
Quote Supersirap 14-7-2021 03:19 PM
Nasib baik tiada kehilangan nyawa, semoga dipermudahkan segala urusan ya
Quote JohnyEnglish 14-7-2021 03:29 PM
semoga terburai pulak perut lembu tersebut di keheninagn pagi Aidiladha nan permai nti
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:29 PM
moga cepat sihat.
Quote Thunderclouds 14-7-2021 04:44 PM
Masih boleh leklek men tepon. GWS ya.
Quote tripleid 14-7-2021 04:50 PM
musim lembu mengganas ke..kemarin budak mati kena seret lembu
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 05:56 PM
malaysia ni takde khidmat vaterinar yang boleh datang rumah ke rawat binatang sakit?
Quote naina 14-7-2021 05:58 PM
tripleid replied at 14-7-2021 04:50 PM
musim lembu mengganas ke..kemarin budak mati kena seret lembu

Biasa lah..nak2 dekat raya haji ni. Mereka PON terasa sakitnya tuh disini
Quote Firenzza 14-7-2021 05:58 PM
prettyuglybabe replied at 14-7-2021 05:56 PM
malaysia ni takde khidmat vaterinar yang boleh datang rumah ke rawat binatang sakit?

Kena bayar kot?
Quote naina 14-7-2021 05:59 PM
Pakcik aku pernah kena rodok tanduk lembu juga..lama duk hospital..tak baik akhirnya meninggal dunia dua tahun lepas. Sebab organ dalaman dah rosak kan..
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 06:02 PM

ada la ye?
susah juga kalau membela tapi kos nak membela tak ada..
kalau binatang kecik tu, tak apa la juga nak rawat sendiri..
ini sah-sah binatang berat dan saiz berganda dari kita..
Quote ChildrenOfBodom 14-7-2021 06:34 PM
Not guts no gory
Quote mbhcsf 14-7-2021 06:39 PM
hmmmm......oucchhh  3 kali  kena tanduk ...isk isk ....
syafakallah...

i tengok tajuk i  ingatkan kat Spain , matador kena rupanya, tidak.
Quote mbhcsf 14-7-2021 06:39 PM
theer is a song right ? yg ade matador ...madonna, i think circa 1995 gitu.
Quote diss69 14-7-2021 06:43 PM
Ya Allah ngerinya....moga cpt sembuh...
Quote Firenzza 14-7-2021 07:01 PM
prettyuglybabe replied at 14-7-2021 06:02 PM
ada la ye?
susah juga kalau membela tapi kos nak membela tak ada..
kalau binatang kecik tu, tak  ...

Lagi besar menatang lg mahal kos dia sis, itu hari ada member kembirikan anjing utk jaga kebun x silap kena bayar rm200
Quote any42 14-7-2021 08:10 PM
ngerinya. semoga pacik cpt sembuh.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037964 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top