Pejabat Parlimen Muar diarah ditutup setelah menerima kehadiran 'luar biasa' orang ramai ke pusat berkenaan untuk menerima bantuan sejak Ahad lalu. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, polis datang ke pejabat itu pada Selasa dan mengarahkan ia ditutup.
Beliau memaklumkan, sejak Ahad lalu, Pejabat Parlimen Muar giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar. "Biasanya, ada kira-kira 150 keluarga datang setiap hari. Tapi, sejak Ahad, jumlah keluarga yang datang naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sakit, mereka wajib dibantu. "Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa. Loading FB Post...
Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, beliau dan pasukannya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semasa pengagihan bantuan makanan berkenaan. Jelasnya, mereka menyediakan sistem kupon yang mana 100 kupon setiap hari untuk mengambil bantuan makanan kepada 100 keluarga. Selain itu, katanya, khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga digunakan untuk mengawal situasi di luar pejabat. "Kami sudah hantar surat, mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat. "Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing. "Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat," ujarnya. Polis telah mengarahkan Pejabat Parlimen Muar ditutup kerana kehadiran yang terlalu ramai. (FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman). Bagaimanapun, katanya, ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan makanan segera dan beliau tidak boleh dan tidak akan sesekali halang rakyat di Parlimen Muar untuk datang ke pejabat itu. Penutupan itu, katanya, akan menyebabkan edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Jelas Syed Saddiq, bantuan rumah ke rumah ada dibuat, tetapi mengambil masa dan beliau kini memikirkan cara lain untuk mengedarkan bantuan dengan cepat. "Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat. "Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka. Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. "Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya. Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka," ujarnya. Sumber: Sinar Harian
|
dewimalam78 replied at 14-7-2021 04:38 PM
Kena pandai delegate kerja. Kalau semua benda dr kecik sampai ke benda besar dia nk buat handle..ber ...
makiting: Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni kumpul harta kekayaan mereka dan bantu rakyat.. cuku ...
makiting: Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni kumpul harta kekayaan mereka dan bantu rakyat.. cuku ...
makiting replied at 14-7-2021 03:23 PM
Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni ku ...
dewimalam78 replied at 14-7-2021 04:38 PM
Kena pandai delegate kerja. Kalau semua benda dr kecik sampai ke benda besar dia nk buat handle..ber ...
Skuau replied at 14-7-2021 04:18 PM
ko kan pernah jadi Menteri Belia(& Sukan)...yg kena jaga seluruh negara...takat Muor/Muar jer...takk ...
ADVERTISEMENT