CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adik Kesal Norish Karman Masuk Campur Kematian Benjy

14-7-2021 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31447| Komen: 177

Belum sampai seminggu Allahyarham pelakon Benjy meninggal dunia, timbul pula cerita kurang senang apabila ahli keluarga dituduh tidak bertanggungjawab terhadap arwah sepanjang ditahan di penjara di Medan, Indonesia.


Tidak semena-mena adik Allahyarham, Elza Irdalynna, 34, menerima mesej peribadi di Instagram dipercayai kiriman daripada pelakon wanita yang menuduh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.

Kesal dengan tuduhan tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arwah kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.


Foto: mStar

"Kalau mak saya (Allahyarham Azean Irdawaty) masih hidup mungkin dia dah tampar pelakon itu. How can you leave message macam itu, kau siapa! Kalau nak kata dia rapat, sepanjang arwah mak dan abang sakit tak pernah pun kami nampak batang hidung dia.


"Dia silap orang nak kacau... dia DM pada adik saya dan dalam mesej itu dia mention nama saya. Kalau dia ada masalah dengan saya, come to me. Takkan saya nak cerita apa yang saya dah buat untuk arwah abang.

"Saya tak kisah kalau dia kacau saya seorang, tapi ini dia dah kacau adik saya sekali. Tidak patut dia hantar mesej macam tu ketika kami sekeluarga tengah bersedih, " katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Foto: IG

Terdahulu, adik Elza iaitu Inessa Irdayanty, 31, memuat naik paparan skrin mesej panjang lebar yang dipercayai daripada akaun Instagram milik seorang pelakon wanita.

Menerusi DM tersebut, antara lain pelakon itu mendakwa adik-adik Benjy tidak pernah mengambil berat tentang arwah sepanjang berada di Medan, Indonesia.

"How can you say you love your brother yet he had to seek others help for medical bills?

"Pakaian arwah tak tukar untuk dua tahun dan you kata you both sayang dia?

"Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang sakit dalam penjara, " tulis pelakon itu.

Hingga kini mStar masih berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada aktres berkenaan berhubung kenyataan dan paparan skrin yang dikongsikan adik arwah Benjy itu.

Sementara itu menceritakan hal sebenar, Elza berkata, dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan bagi menghulurkan bantuan kewangan pada arwah abangnya.


"Persatuan Seniman pun tahu setiap bulan paling minimum saya akan beri bantuan kewangan sebanyak RM500 pada Benjy, kalau dia kena masuk hospital memang saya akan beri lebih.

"Takkan saya nak tunjuk bank statement saya pada dia (pelakon berkenaan) atau pihak media? Lepas itu, saya ada nasihatkan Benjy untuk tunjuk bil hospital sekiranya ada kawan-kawan dia membantu supaya saya tak nak mereka fikir abang saya menipu.

"Kalau dia rapat dengan abang saya, pasti Benjy pun dah reach out kepada dia untuk minta bantuan. Tak payah tunggu abang saya dah meninggal baharu cakap how I wish Benjy reach to her (untuk minta bantuan), " katanya lagi.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad. -CARI

Sumber: mStar Online
4

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 14-7-2021 01:50 PM
Gmbar profile tu mcm artis bertudung,
siapa tuh?
Quote miss_perfect 14-7-2021 01:56 PM
Kesiannya baca luahan adik dia...

Quote makneng 14-7-2021 01:57 PM
NK yg sibuk carut adik arwah.. Janda mental watyuekspek
Quote kukukatablog 14-7-2021 01:58 PM
makneng replied at 14-7-2021 01:57 PM
NK yg sibuk carut adik arwah.. Janda mental watyuekspek

owh NK ker...
Quote smeetasmitten 14-7-2021 01:58 PM
No rich car man
Quote makneng 14-7-2021 01:59 PM
kukukatablog replied at 14-7-2021 01:58 PM
owh NK ker...

Iyo dekkk.. Lepas dah carut kwn tu dia private ig dia.. Tinja sgt perangai
Quote jiwakacau06 14-7-2021 01:59 PM
abis tu mmg benjy tu ada kes. xelok...bukan semua baik2 pn
Quote ezacbee 14-7-2021 02:02 PM
Klo acik tu mmg patut kena lempang berkali2 termasuk kes masa pru dulu
Quote asamfish 14-7-2021 02:16 PM
Yang buat tak elok was Benjy
Nape nak heret adik2 dia sekali
Takkan adik2 dia nak canang each time depa bantu abang depa
Retis2 ni mmg camni
Kalau tak letak kat ig kat fb kat telegram hatta kat group whatsapp
Maknanya org tu takde buat apa2
Sebab retis (even netizens) jenis nak kentut pun kalau boleh nak letak socmed
Quote MsCinderella 14-7-2021 02:20 PM

norish karman?

Quote kelapaparut 14-7-2021 02:21 PM
ya ampun sampai nak bunuh diri.. ni sbb nukilan c wardina tu ke ?
Quote kelapaparut 14-7-2021 02:23 PM
kukukatablog replied at 14-7-2021 01:58 PM
owh NK ker...

nk sape norish karman keww.. i ktinggalan ketapi
Quote QueenCaramel 14-7-2021 02:24 PM
makneng replied at 14-7-2021 01:57 PM
NK yg sibuk carut adik arwah.. Janda mental watyuekspek

NK Norish Karmang kaaa
Quote doubleharmonic 14-7-2021 02:28 PM


Quote dua_chzy 14-7-2021 02:28 PM
Benjy memang salah tapi whoareyus nak masuk campur hal keluarga orang Norish Karman? Kau diam2 jaga anak zina luar nikah kau tu, sudah la.
Quote Lengkong 14-7-2021 02:32 PM
Kesiannya adik..semoga kuat lalui dugaan

Quote salmon-suki 14-7-2021 02:32 PM
asamfish replied at 14-7-2021 02:16 PM
Yang buat tak elok was Benjy
Nape nak heret adik2 dia sekali
Takkan adik2 dia nak canang each time ...

Kan..sendiri cari pasal, menyusahkan keluarga..last2 bila dah xde, family y byk tlg tu tetap dihina.. ohemgeeeeee..
And mcm tak biasa retis, even though kenal secebis jah dlm 0.1% jah org tu,tp sbb retis nak up nama kan, canang mcm knl org tu luar dalam..retis dan bodoh..selamanya bersama,tak dpt dipisahkan..
Quote QueenCaramel 14-7-2021 02:33 PM
Nanti dikatenye kn hack plakkk
Quote Fly_over 14-7-2021 02:35 PM
kesiannya... semoga dah kurang sikit beban skrg..

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036123 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top