Keputusan Jepun untuk membuang air sisa loji nuklear dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daichi ke laut mencetuskan bantahan ramai di seluruh dunia. Sejauh mana kawasan terjejas akibat air buangan sisa nuklear yang dibuang ke laut? Apakah bahan yang ada dalam air sisa berkenaan? Adakah makanan laut masih selamat dimakan pada masa itu? Tidak adakah cara lain lebih baik untuk menangani perkara ini? Isu ini menjadi masalah utama yang menjadi perhatian seluruh dunia.
Hasil penyelidikan Jerman mendapati bahan radioaktif akan menyebar ke sebahagian besar Lautan Pasifik dalam masa 57 hari selepas air sisa itu dilepaskan. Menurut laporan media Korea, air laut yang tercemar akan dibawa arus hingga ke Pulau Jeju dalam 220 hari pertama, diikuti pantai barat Korea Selatan dalam 400 hari. Tiga tahun kemudian, giliran Amerika Syarikat dan Kanada menerima akibat yang akan menyebabkan perikanan di seluruh Lautan Pasifik terjejas teruk.
Kemudian, air sisa itu akan tersebar ke lautan di seluruh dunia dan akan membahayakan kita selama ribuan tahun. Tindakan Jepun bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada manusia, tetapi juga membahayakan ekologi seluruh planet kerana air sisa nuklear mengandungi sebilangan besar bahan radioaktif. Kajian menunjukkan sekiranya sejumlah besar makanan laut yang dicemari radioaktif dimakan dalam jangka panjang, bahan radioaktif di dalam badan mungkin terkumpul melebihi had yang boleh diterima dan menyebabkan penyakit radiasi kronik serta penyakit lain seperti ulser kulit, kegagalan organ, rambut gugur, pendarahan pada organ, sistem endokrin, sistem saraf dan kerosakan lain. Pada 11 Mac 2011, gempa bumi dengan kekuatan 9.0 magnitud menggegarkan kawasan pesisir Jepun Timur Laut menyebabkan tsunami yang mengakibatkan kemusnahan pada infrastruktur wilayah Fukushima. Dalam bencana itu, Loji Tenaga Nuklear pertama Fukushima dikendalikan Tokyo Electric Power Company mengalami kebocoran apabila reaktornya kehilangan fungsi penyejukan yang menyebabkan letupan gas kerana suhu tinggi berterusan. Air yang digunakan untuk menyejukkan reaktor loji itu menghasilkan banyak air sisa nuklear secara berterusan. Sejak 10 tahun lalu, Tokyo Electric Power Company menyimpan air sisa nuklear di loji berkenaan dan baru-baru ini, syarikat itu memutuskan untuk membuangnya ke laut kerana enggan menanggung kos penyimpanan dan rawatan yang tinggi. Tonton video di bawah untuk melihat kesan akibat air sisa nuklear dibuang ke laut. Kerajaan Jepun dilihat enggan menanggung kos perlindungan alam sekitar dan menjadi kambing hitam, sebaliknya mahu menyebabkan kemusnahan di seluruh dunia akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka. Generasi kita yang akan datang bakal membayar harga yang tinggi untuk krisis ekologi ini jika kita memilih untuk berdiam diri. - CARI
|
231
Bagus |
191
Marah |
187
Terkejut |
209
Sedih |
193
Lawak |
217
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT