Pernah dikecam kerana isu mempermainkan warna kulit, pelakon dan penyanyi Wani Kayrie mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagramnya ketika drama Dayang Senandung disiarkan Ahad lalu.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, berkata dia terpaksa mengambil keputusan tersebut bagi mengelakkan sebarang pergaduhan di media sosialnya dan mengembalikan isu yang pernah viral itu. "Saya ada promote drama ini di laman Instagram pada Selasa dan banyak juga dapat feedback positif daripada penonton. "Tapi dalam ramai-ramai itu pasti ada juga beberapa komen negatif yang kembali mengaitkan isu Blackface sehingga menyebabkan saya terpaksa ambil keputusan untuk off komen.
"Saya buat macam itu supaya tidak ada sebarang pergaduhan yang terjadi di antara netizen, saya rasa langkah itu yang paling baik, " katanya ketika dihubungi mStar. Tahun lalu, Wani dikecam apabila dituduh tidak sensitif dengan isu warna kulit terutamanya ketika kempen dunia Black Life Matter melibatkan kaum kulit hitam. Menerusi drama bersiri terbitan Zeel Production itu, Wani tampil melakonkan watak gadis terkena sumpahan sehingga menyebabkan wajahnya bertukar hitam. Wani berkata, dia tertarik untuk mengambil tawaran tersebut kerana jalan cerita drama berkenaan yang mengandungi banyak nilai positif. "Saya ambil tawaran drama ini kerana memang jalan cerita dia banyak terkandung nilai-nilai positif. "Cerita Dayang Senandung yang ini telah dimodenkan dan memang banyak ada dua versi yang direkodkan oleh pihak penerbitan iaitu di akhirnya dia jadi hitam atau putih.
|
fealefea replied at 15-7-2021 03:44 PM
tu crite bidasari dongeng dr dulu. bukan bawak agenda BLM pon.
fealefea replied at 15-7-2021 03:44 PM
tu crite bidasari dongeng dr dulu. bukan bawak agenda BLM pon.
dua_chzy replied at 16-7-2021 12:03 PM
Bidasari berlainan dari Dayang Senandung. Tapi masa kecik2 suka betul tengok filim itam putih Bida ...
Reira77 replied at 16-7-2021 05:59 AM
Kurus ngat dia kalau dlm tv. Nampak kepala je besar
ADVERTISEMENT