Lupakan seketika beberapa insiden 'keluarga tamak' sapu food bank. Di sebalik kewujudan food bank di tempat-tempat terpilih, tersingkap kisah yang berjaya menghiburkan warganet.
Kredit video: FB Hafiz Muhd Hafiz Zainuddin di Facebook menceritakan pengalaman adiknya berdepan situasi di mana seorang pelanggan datang ke kedai runcitnya dan mengambil barangan keperluan harian. Bagaimanapun, pelanggan tersebut bingung apabila pemilik kedai mengira jumlah harga barang yang diambil. Berikutan itu, pelanggan berkenaan mempersoalkan tindakan pemilik kedai itu mengira harga barangan diambilnya. Jawab pemilik kedai, barangan percuma yang disediakan hanya terletak di rak hadapan kedai, bukannya barangan yang berada di dalam kedai. Pada masa sama, pemilik kedai menjelaskan barangan yang diletakkan di food bank adalah terhad. Amboi, dia ambil barang keperluan ke nak memenuhi selera kehendak? Persoalannya, dia susun semula tak barang yang diambil tadi atau ditinggalkan begitu saja? Sumber: OhBulan |
lavendernovella replied at 15-7-2021 04:29 PM
Kalau perati jenis barangan dia amik, ada kesian kat situ.
Bila hidup dalam tekanan lagi2 kalau da ...
allshares replied at 15-7-2021 04:25 PM
Angkut mcm nk buat kenduri la hai, yg tapai2 pun nk ambik dah kenapa
ADVERTISEMENT