Pelakon, Bell Ngasri tidak menafikan industri seni tanah air merupakan antara bidang profesi yang teruk terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Larangan aktiviti kesenian dan penggambaran sepanjang tempoh ini nyata memberi tamparan hebat buat para penggiat seni termasuklah buat mereka yang bekerja di belakang tabir. Lantaran itu, Bell merupakan antara selebriti yang turut tidak terkecuali untuk menyokong penuh kempen #ApaKhabarAnakSeni sebagai tanda solidariti buat para pemain industri yang kini mengharungi detik-detik sukar. Menurut Bell, bukan semua anak seni hidup dalam keadaan serba mewah sebaliknya ada juga yang meratapi nasib sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Katanya lagi, kebanyakkan daripada mereka kini hanya bergantung harap kepada duit simpanan untuk meneruskan kehidupan sehingga keadaan negara kembali pulih nanti.
Dalam pada itu, Bell turut berharap agar pihak berwajib dapat mendengar luahan mereka ini memandangkan anak seni juga merupakan antara penyumbang kepada hasil cukai negara. “Tanpa bekerja dan kini mengerah segala simpanan, ini kan pula dikerah membayar juga sgala macam jenis cukai..jadi di situlah keluarnya gambar sejenis buah oren ni,” ulasnya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut melauahkan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat. Sumber: Media Hiburan
|
doubleharmonic replied at 15-7-2021 06:19 PM
banyak yang retis2 lama lah yang betul2 penuhi tuntutan kerja sebagai anak seni tapi dipandang sendu ...
ADVERTISEMENT