Pada Mei lalu, polis menjalankan siasatan terhadap penyanyi Masya Masyitah, 21, selepas kisah penyanyi itu mencuri perhatian netizen yang mempertikaikan kebenaran rentas negeri atas kapasiti pasangan jarak jauh antara ibu dan bapanya. Masya atau nama sebenarnya, Siti Nur Masyitah Yusoff mengesahkan isu merentas negeri ketika menyambut Aidilfitri di Kulim, Kedah selesai selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu dan berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi. "Saya hadir memberi keterangan pada hari raya keempat. "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sejujurnya, saya tidak gentar kerana bukan mencuri, menipu atau menggunakan orang dalam untuk mendapatkan surat merentas negeri.
"Ketika itu, polis masih meluluskan kebenaran merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi, saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Semuanya sudah selesai," katanya kepada BH Online. Masya diminta mengulas ketika ditemui pada majlis pelancaran single Mandarin solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su secara virtual, hari ini. Masya fasih berbahasa Mandarin dan pernah menerima anugerah artis paling berpotensi di Asia Music Awards di Shenzhen, China. Akuinya, dia tidak mampu mengawal mulut netizen yang terus membuat pelbagai spekulasi. "Saya hanya mampu bersabar. Mungkin silap saya bercerita kisah pulang beraya di kampung. "Jadi, apa yang sudah berlaku sebagai satu iktibar dan pengajaran berguna. Saya juga mohon maaf atas kekhilafan tidak terduga ini. "Netizen zaman sekarang di luar jangkaan. Namun, saya sudah menjalankan tanggungjawab kepada pihak berkuasa. Jadi, saya tidak mahu ambil tahu soal ini lagi," katanya. Terdahulu, kisah Juara program realiti kanak kanak, Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu membeli rumah keduanya pada Mei lalu turut mencuri perhatian dan mendapat pujian ramai. Pada 2019, pelantun lagu Hapus itu turut mendedahkan kejayaannya membeli kondominium bernilai RM300,000. Dia turut berkongsi video dekorasi dan hiasan kediaman tersebut di saluran YouTube untuk tatapan peminat. Tahniah Masya, muda-muda lagi dah ada dua buah rumah hasil titik peluh sendiri, satu pelaburan yang bijak! - CARI |
Reira77 replied at 16-7-2021 06:02 AM
Dia dalam gambar nampak cantik. Macam kacuk. Tapi dlm video tunjuk rumah tu nmpk biasa biasa pulak.
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sejujurnya, saya tidak gentar kerana bukan mencuri, menipu atau menggunakan orang dalam untuk mendapatkan surat merentas negeri.
"Ketika itu, polis masih meluluskan kebenaran merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi, saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Semuanya sudah selesai," katanya kepada BH Online.
cmf_ctrl replied at 16-7-2021 06:09 AM
tengok cover foto video lagu cina tu ingat kan uyaina love elsa
akuMNdia replied at 16-7-2021 06:57 AM
so tetap nak kata dia tak buat salah la yer?
kesian ko dik..
muda2 lagi dah bodoh.
laksmanabentan replied at 16-7-2021 08:13 AM
lepas tu tak kena saman ker???
huntonggg laaa....
akuMNdia replied at 16-7-2021 08:40 AM
sabarrrr...
kita tunggu dan lihat.
ADVERTISEMENT