CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Hati Di Dalam Kelas- Dulu Anak Murid, Kini Isteriku

16-7-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13380| Komen: 137

Betong: Hubungan Mohd Hafirudin Ramli dan Nur Syafieqa Samsawi asalnya tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar, namun jodoh menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Jurang usia 10 tahun mahupun latar belakang juga tidak menghalang hubungan Mohd Hafirudin, 29 dan Nur Syafieqa, 19, yang sudah berjanji untuk sehidup semati.

Berkat restu kedua belah keluarga, Mohd Hafirudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Saratok dan Nur Syafieqa selamat disatukan pada 12 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Betong, di sini.


Foto: Harian Metro

"Mengikut perancangan, saya dan suami memilih 7 Julai sebagai tarikh akad nikah namun ditunda kerana mengikut ketetapan daripada pejabat agama.


"Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan walaupun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jujurnya, saya tidak sangka akan berkahwin dengan guru sendiri, kisah percintaan kami umpama dalam drama atau novel... Tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Nur Syafieqa berkata, Mohd Hafirudin adalah guru kelasnya yang mengajar subjek Geografi ketika di tingkatan tiga.

Nur Syafieqa mengakui Mohd Hafirudin adalah guru kegemarannya namun mereka tidak bercakap antara satu sama lain kecuali jika ada hal penting.

"Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.

"Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

"Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu," katanya yang kini menetap dengan suami dan keluarganya di Kampung Maludam, di sini.

Menurut Nur Syafieqa, suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja, dan sejak tingkatan empat hingga habis sekolah mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu.

Nur Syafieqa berkata, hubungan mereka kembali bertaut selepas suaminya menghantar kiriman mesej di Instagram (IG).

"Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya.

"Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri," katanya

Katanya, pada mulanya keluarga keberatan untuk mengizinkannya berumah tangga namun mula terbuka hati selepas melihat kesungguhan Mohd Hafirudin.

"Saya cuba pujuk ibu dan ayah manakala suami turut sama berusaha dengan datang berjumpa serta meyakinkan mereka hingga akhirnya mendapat restu kedua-duanya.

"Ikutkan, hanya sepupu rapat saja yang tahu hubungan saya dan suami kerana kami cuba merahsiakannya termasuk daripada rakan sehingga tarikh pernikahan hampir. Ramai terkejut selepas tahu perkara sebenar," katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik.

Sementara itu, Mohd Hafirudin berkata, hatinya terdetik untuk menghubungi Nur Syafieqa pada Disember tahun lalu dan tidak sangka pertemuan semula serta perkenalan dalam tempoh singkat itu berakhir dengan perkahwinan.

Meskipun begitu, Mohd Hafirudin mengakui perjalanan hubungan mereka tidak mudah kerana banyak dugaan dilalui sebelum sah bergelar suami isteri terutama untuk meyakinkan keluarga kedua belah pihak.

"Empat bulan juga saya cuba pujuk ibu dan ayah selain meyakinkan keluarga mentua sebelum mendapat restu kedua belah pihak.

"Syukur, kami disatukan juga akhirnya dan ramai rakan guru terkejut kerana mereka tidak pernah nampak atau tahu kami bercinta.

"Saya sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan isteri yang dulunya pelajar saya memandangkan tidak ada perasan terhadapnya ketika di sekolah.

"Saya terharu apabila ramai mendoakan terutama selepas video kisah kami dimuatnaik di TikTok, kelmarin," katanya yang berasal dari Felda Mengkawang Kuala Berang, Terengganu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 16-7-2021 10:27 AM
tahniah

skg bini dia nmpk nk sebaya ngan laki dia
Quote msel 16-7-2021 10:30 AM
29 tahun ke tu? {:question
Quote kaogi 16-7-2021 10:32 AM
msel replied at 16-7-2021 10:30 AM
29 tahun ke tu? {:question

Nampak lagi tua kan.
Maybe sbb dia bam3 kot
Quote msel 16-7-2021 10:35 AM
kaogi replied at 16-7-2021 10:32 AM
Nampak lagi tua kan.
Maybe sbb dia bam3 kot

Yang perempuan pun tak nampak 19. Maybe sebab makeup. Yang lelaki tu tak sesuai 29, sorry hehehe
Quote Decaffeinated 16-7-2021 10:35 AM
Euwww... so sawit
Quote kerunai 16-7-2021 10:36 AM
alhamdulillah... sejuk hati tgk cikgu kawin dgn anak murid

kalo beza umur 20-30 tahun tu ..benda biasa

jodoh Allah yang tentukan

semoga ramai lagi cikgu yg kawin dgn anak murid

amin
Quote mclaren 16-7-2021 10:37 AM
Jodoh tak mengenal usia.


Cuma curious tu sekolah agama tu dan guru lelaki ambil gambar duduk rapat pulak dengan pelajar perempuan?
Quote krustykrab 16-7-2021 10:45 AM
Cikgu b4 and after lain sungguh noooo
Quote azalia72 16-7-2021 11:09 AM
mclaren replied at 16-7-2021 10:37 AM
Jodoh tak mengenal usia.

terfikir menda yang sama... SMKA tu.

Apapun selamat dah.  Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah hendaknya
Quote dua_chzy 16-7-2021 11:11 AM
Setat bercinta umo berapa? 14 tahun? Curlast.
Quote dua_chzy 16-7-2021 11:13 AM
Oh SETAT BERCINTA MASA UMO BINI KAU 15 TAHUN.

Ok la at least ko piara budak tu betul2 tak buat dajei seblom nikoh.

Eh ntah la. Akak tak tau la sebenarnya ok ke tak. Kalau budak ni anak korang, korang oke ke jantan umo 25 ngorat anak ko yang baru 15?
Quote dua_chzy 16-7-2021 11:14 AM
krustykrab replied at 16-7-2021 10:45 AM
Cikgu b4 and after lain sungguh noooo

Tu barangkali gamba cikgu tu masa 25 tahun dan budak tu 15 TAHUN.
Quote Makcik.Kiah 16-7-2021 11:16 AM
Memang lah dah jodoh, tapi makcik terfikir sejak tingkatan berapa budak perempuan ni cikgu tu menaruh hati? Kalau masih bawah umur budak tu, cikgu dah rasa bernafsu, eeeee something sangat.
Quote Buritan 16-7-2021 11:18 AM
kelip2_07 replied at 16-7-2021 10:27 AM
tahniah

skg bini dia nmpk nk sebaya ngan laki dia

Tu laa dr dua dua slim river skrg dah jd kg gong badak
Quote dua_chzy 16-7-2021 11:20 AM
Makcik.Kiah replied at 16-7-2021 11:16 AM
Memang lah dah jodoh, tapi makcik terfikir sejak tingkatan berapa budak perempuan ni cikgu tu menaru ...


Ada jawapan dalam artikel, makcik.

"Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.

"Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

"Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu," katanya yang kini menetap dengan suami dan keluarganya di Kampung Maludam, di sini.

Menurut Nur Syafieqa, suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja, dan sejak tingkatan empat hingga habis sekolah mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu.

Nur Syafieqa berkata, hubungan mereka kembali bertaut selepas suaminya menghantar kiriman mesej di Instagram (IG).

"Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya.

"Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri," katanya.
Quote Buritan 16-7-2021 11:20 AM
dua_chzy replied at 16-7-2021 11:13 AM
Oh SETAT BERCINTA MASA UMO BINI KAU 15 TAHUN.

Ok la at least ko piara budak tu betul2 tak buat da ...

Dah jodoh sis.  Terima ajelaa.. yg penting bkn bewak.. nak dpt lelaki kualiti laa ni susah..mgkin lps ni minik dia sambung belajo plg koman dpt ijazah.. who knows
Quote pearl.silver 16-7-2021 11:20 AM
Dulu kt u ada kwn kapel ngn lecturer snyp2
Kwn2 siasat smpi jumpa message cintan cintun depa
Dan dia pun mmg sokmo dpt markah tinggi subjek lecturer tu
Dgr cite pas grad diorg menikah

Ada lg citer student ngn lecturer skandal. Smpi student tu goyang kaki smpi viva dpt segulung master. Sume pensyarah tu buatkn. Syok weiii..
Quote kelip2_07 16-7-2021 11:21 AM
Buritan replied at 16-7-2021 11:18 AM
Tu laa dr dua dua slim river skrg dah jd kg gong badak

bahagia sgt tuuu
Quote Makcik.Kiah 16-7-2021 11:23 AM
dua_chzy replied at 16-7-2021 11:20 AM
Ada jawapan dalam artikel, makcik.

Eee yang perempuan sejak tingkatan tiga dah gatal merenyam yang cikgu pulak melayan.

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.081368 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top