JAKARTA – Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) hampir mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila mengatakan mikrofon dan kubah masjid adalah objek yang dihasilkan orang kafir, lapor portal Makassar.terkini.
UAS menerusi salah satu rakaman ceramahnya di YouTube berkata umat Islam pada masa kini tidak boleh dipisahkan daripada menggunakan barangan yang dihasilkan orang kafir. Beliau memberi contoh mikrofon yang menggunakan tulisan ‘on’ (buka) dan ‘off’ (tutup) iaitu bahasa Inggeris manakala kubah masjid juga dicipta di Rom, Itali iaitu negara bukan Islam. “Namun begitu, kita perlu ingat bahawa penggunaan barang yang dicipta orang kafir tidak melambangkan amalan yang terhasil ketika kita menggunakannya.
“Apa yang dikira oleh Allah adalah ketekunan dan khusyuk kita saat beribadah. Meskipun banyak barangan yang dibuat oleh orang bukan Islam, selagi mendatangkan faedah dan kebaikan maka tiada sebarang larangan untuk menggunakannya,” kata UAS. – CARI Sumber: Kosmo
|
angelofish replied at 16-7-2021 12:36 PM
dia ni ke kawen dengan perempuan muda ari tu
ezacbee replied at 16-7-2021 12:39 PM
Aah kawen anak dara sunti
anony-mous replied at 16-7-2021 04:34 PM
Dah tu melayu xhabis2 dgn teori konspirashit, kapir x ada masa nk pikir benda yg mmg dah tentu2 akan ...
ADVERTISEMENT