Seorang wanita dinasihatkan oleh orang ramai supaya meninggalkan kekasihnya kerana lelaki itu didapati tidak pandai membancuh minuman teh, lapor akhbar Daily Mail. Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu pada minggu lalu berkongsi foto bancuhan teh yang disediakan teman lelakinya di laman web Casual UK subreddit.
Air teh tersebut kelihatan keruh seperti ‘stok ayam yang dilarutkan dalam air’ dan turut dipenuhi buih. “Saya bersedih untuk secawan teh yang disediakan oleh teman lelaki saya,” demikian kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut. Orang ramai yang melihat foto tersebut meninggalkan pelbagai komen tentang teh itu termasuk sebilangan pengguna media sosial yang meminta dia meninggalkan teman lelakinya.
“Adakah dia (teman lelaki) anda okey? Perintah berkurung meninggalkan kesan yang pelbagai kepada orang ramai,” tulis seorang netizen. “Adakah teh itu dibancuh menggunakan air sejuk? Atau adakah dia menggunakan uncang teh lama yang sudah digunakan?,” kata seorang lagi netizen. Beberapa individu lain turut berkata mungkin ada sesuatu yang telah dilakukan oleh wanita itu kepada teman lelakinya, menyebabkan lelaki itu ‘melancarkan perang’. Wanita tersebut bagaimanapun berkata bahawa teman lelakinya itu menyediakan menu sarapan pagi Inggeris yang sangat menyelerakan. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT