CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ketika Lari Dari Polis Lepas Conteng Dinding Istana, Tumbuk Polis

16-7-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16150| Komen: 69

Suspek yang menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit dan menumbuk seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar maut selepas terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dalam usaha melarikan diri selepas diekori polis pada Khamis.


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat di dalam kedua-dua kejadian ini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu telah membuat perbuatan khianat dengan menconteng di bahagian tembok dinding Istana Anak Bukit dengan tulisan ‘SAMR’ pada jam 3 petang Khamis.


Kredit foto: PDRM KEDAH

"Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam. Ekoran dari kejadian tersebut, pasukan operasi telah memulakan operasi mengesan suspek.

"Seterusnya pada jam lebih kurang 5.00 petang, suspek tersebut dipercayai telah pergi ke IPD Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis yang sedang bertugas.


"Beliau turut membaling sebuah objek disyaki pistol mainan lalu melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal warna hitam. Anggota polis tersebut telah mengalami kecederaan di bahagian muka," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, usaha mengesan suspek diteruskan dan polis telah menjumpainya di kawasan Gurun, di Sungai Petani dan lelaki itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Pasukan polis terus mengekori suspek dan telah memberi amaran untuk berhenti namun dia tidak berhenti dan terus melarikan diri.

"Semasa dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh suspek telah terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dan telah mengalami kecederaan."Polis telah menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan ambulan. Apabila ambulan sampai, pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 16-7-2021 08:38 AM
Mati? Syukur puji Tuhan.
Quote Makcik.Kiah 16-7-2021 08:38 AM
Edited by Makcik.Kiah at 16-7-2021 08:40 AM










Quote little_sis 16-7-2021 08:43 AM
Curious nak tahu motif dia buat mcm tu... Dan yg kena tumbuk muka tu.. harap baik2 saja
Quote tungkai 16-7-2021 08:44 AM
Rasainn....

by the way SAMR tu apa?
Quote akuMNdia 16-7-2021 08:45 AM
"SAMR" tu apa?
Quote Makcik.Kiah 16-7-2021 08:46 AM
little_sis replied at 16-7-2021 08:43 AM
Curious nak tahu motif dia buat mcm tu... Dan yg kena tumbuk muka tu.. harap baik2 saja

Update

Terkini suspek menumbuk seorang anggota polis wanita IPD Kota Setar terbabas dikejar oleh pihak polis selepas pengejaran berlaku suspek terbabas melanggar besi penghadang jalan malam tadi.

Suspek disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas terbabas,makluman awal suspek adalah pesakit mental,telah temui satu kad pesakit mental dari suspek






Quote ultra78 16-7-2021 08:50 AM
Akak tu supik gelenya tidak lepas dari genggaman tangan.
Quote ultra78 16-7-2021 08:52 AM
Hmm...ASMR tu taulah..
Quote nazzse 16-7-2021 09:00 AM
Cash walaupun sakit mental
Quote wajaman 16-7-2021 09:08 AM
happy belated birthday akak polis.moga cepat sembuh
Quote ultra78 16-7-2021 09:10 AM
nazzse replied at 16-7-2021 09:00 AM
Cash walaupun sakit mental

Di kad pesakit tu dah ditulis 'kena bayar'. Sudah dibayar cash..
Quote Nham22 16-7-2021 10:22 AM
Cashla....ape bendela dgn pompuan pon carik hal... Xdak burung ka
Quote Jitu 16-7-2021 10:46 AM
bahaya org sakit mental ni

Quote gigahertz 16-7-2021 11:05 AM
wajaman replied at 16-7-2021 01:08 AM
happy belated birthday akak polis.moga cepat sembuh

birthday present ke ? rasa macam masalah personal je. biasanya kalau mangsa tu perempuan. yang pemangsa tu lelaki
mesti ada relation. sama ada present atau past tense
Quote gigahertz 16-7-2021 11:07 AM
little_sis replied at 16-7-2021 12:43 AM
Curious nak tahu motif dia buat mcm tu... Dan yg kena tumbuk muka tu.. harap baik2 saja

i cuma tahu kalau jenis hadiah pistol , hadiah peluru ni percubaan utk mencederakan atau membunuh.
boleh jadi lelaki tu kaki seludup. bila PKP memanjang pintu sempadan di kawal ketat.
macam kes tembakan pos balai tu hari la. pun berlaku di sempadan jugak kan.
Quote mrsamz 16-7-2021 11:17 AM
Kesian kat polis tu..dah la pompuan kene tumbuk kat muka plak tu..harap2 takde la tulang rahang muka atau pipi yg patah..kalau ada patah tulang kurang2 kene pakai dawai besi ikat rahang sebulan mcm tu..gg depan plak likely akan bermasalah lepas2 tu...seksa woii
Quote doubleharmonic 16-7-2021 11:30 AM
Quote doubleharmonic 16-7-2021 11:30 AM
Quote Makcik.Kiah 16-7-2021 11:31 AM

Macam patah hidung tu

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.128908 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top