|
Sama seperti semua rakyat Malaysia yang lain, Awal Ashaari turut mengeluh kecewa dengan cara sistem pentadbiran menangani krisis pandemik yang semakin meruncing. Meluahkan kekecewaannya itu di laman sosialnya, pengacara dengan nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari itu mempersoalkan sampai bila rakyat perlu hidup menyaksikan ramai hilang sumber pendapatan, pekerjaan serta melihat banyak perniagaan gulung tikar. Menerusi hantarannya di Instagram, Awal mendakwa kerajaan tidak memberi arahan jelas dan tiada jaminan mengenai bila dan sampai bila rakyat perlu hidup seperti ini. "Anak dah setahun belajar online. dah habis darjah dua dah pun. tercicir pelajaran jangan cakap lah. "Yang sorang lagi sejak lahir dok mengadap kipas kat ceiling. tak kenal dunia luar. Nak ambik angin kat kawasan rumah pun Guard halau suruh masuk berkurung dalam rumah. EMCO katanya. "So case naik 13k, what should we all do? celebrate at home?" soalnya kecewa. Seperti kata Awal, sampai bila kita nak hidup begini? - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.176298 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.