Menyedari pekerja industri seni terus terbeban dengan masalah kewangan, pelawak Nabil Ahmad tampil menjanjikan imbuhan atau bonus kepada barisan pelakon dan kru yang terlibat dalam filem Mat Bond Malaya arahan pertamanya.
Menurut Nabil, 38, dia akan mengotakan janji berkenaan jika filem yang menampilkan penyanyi Naqiu dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama itu berjaya mengutip jumlah kutipan pecah panggung di saluran Astro First. "Saya pernah janji kepada mereka jika filem ini cecah kutipan pecah panggung RM20 juta di pawagam, saya akan bayar lagi jumlah yang pernah dibayar sebelum ini. Maknanya mereka akan dibayar dua kali. "Namun impian tu tak boleh dilaksanakan. Tapi Saya dah bincang juga dengan rakan kongsi, kalau filem ni berjaya hit RM10 juta di Astro First... kita akan bagi juga," katanya kepada mStar.
Dia berkata demikian pada sidang media filem Mat Bond Malaya yang diadakan secara maya pada Jumaat.
|
doubleharmonic replied at 17-7-2021 01:26 PM
best ke pilem heshe? pilem hantus yang ada abam pejal husin tu pon hauk jah?
ezacbee replied at 17-7-2021 01:36 PM
Hero.. alahai...
ADVERTISEMENT