CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Vera Wang Sambut Hari Lahir Ke-72- Kelihatan Muda Di IG Sendiri, Berbeza Di IG Donna Karan

19-7-2021 01:20 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 9802| Komen: 39|Original author: OLeh: kp5x

Pereka fesyen terkenal Amerika, Vera Wang baru-baru ini telah menganjurkan parti harijadi mewah sempena hari lahirnya yang ke 72 tahun dan antara tetamu yang hadir ke parti itu termasuklah Donna Karan dan Calvin Klein.


Menariknya, menerusi gambar-gambar sekitar parti yang dikongsikan di laman instagramnya pereka fesyen berusia 72 tahun itu kelihatan seperti wanita di usia 30-an. 

Mengenakan gaun hijau neon dan 'headband' kecil, dengan tubuh kurus persis model, penampilan Vera Wang mendapat pujian netizen yang rata-rata memuji penampilannya yang tidak langsung kelihatan seperti wanita yang sudah berusia 72 tahun. Bukan Vera sahaja yang kelihatan muda menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik, Donna Karan yang berusia 73 tahun juga seperti tidak dimakan usia.

Pereka fesyen yang terkenal dengan rekaan gaun pengantin berkonsepkan gabungan 'modern design' dan 'traditional elegance' itu juga diminta berkongsi petua awet muda yang diamalkan sehingga membuatkan dirinya kelihatan seperti berumur 27 tahun, bukan 72 tahun.


Foto : IG Vera Wang & Donna Karan
Foto : IG Vera Wang & Donna Karan
Pereka fesyen yang terkenal dengan rekaan gaun pengantin berkonsepkan gabungan 'modern design' dan 'traditional elegance' itu juga diminta berkongsi petua awet muda yang diamalkan sehingga membuatkan dirinya kelihatan seperti berumur 27 tahun, bukan 72 tahun

Namun apabila Donna Karan memuatnaik gambar Vera Wang di parti yang sama, lain pula kelihatan penampilan Vera. Dengan 'lighting' yang tidak kena, Vera Wang kelihatan seperti seorang nenek berusia 72 tahun yang sedang bergaya seolah-olah dia berusia 27 tahun.

Gambar tersebut viral di laman TikTok versi China, Douyin dan menjadi bahan lawak netizen dan ada yang membuat spekulasi Vera telah membuat 'editing' berlebihan ekoran perbezaan yang besar antara gambar di laman instagramnya dan di laman instagram milik Donna Karan.

"Saya rasa Donna ada sebab sengaja memuatnaik gambar ini"

"Saya rasa selepas ini Vera tidak akan lagi menjemput Donna ke parti harijadinya", antara komen-komen netizen.

Agak menghairankan sebenarnya apabila Vera dan Donna tiada gambar berdua yang menunjukkan muka masing-masing. Jika ada mungkin perkara ini tidak terjadi kerana umur mereka berdua hampir sebaya dengan Donna Karan berusia hanya kurang setahun lebih tua daripada Vera Wang.

Vera Wang dilahirkan pada 27 Jun 1949 manakala Donna Karan dilahirkan pada 2 Oktober 1948. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:50 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CQyw9PHjbyL/[/ig]
Quote buapakperut 19-7-2021 01:55 PM
mati2 iols ingatkan sheol memang awet gitu
Quote lavendernovella 19-7-2021 02:00 PM
Tua takder ubat. Cuma kalau berduit, ketuaan boleh dilambatkan jer. Apapun tua tetap menghambat.
Quote msel 19-7-2021 02:23 PM
Nak tiup lilin pun nampak semput
Quote prettyuglybabe 19-7-2021 02:35 PM
pelik biasa tiup candle camera kat depan ni camera kat belakang..
video tak boleh edit rupa ye
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 02:50 PM
Dah tua tu tua jugakkk... nothing we can do about it. Meh datang malaya cucuk susuk.

tapi iols ngefans baju kawen dia. cantikkkk tapi takpelah duit yilek nak pakai
Quote mawarkhayalan99 19-7-2021 02:52 PM
72 dah level nenek2 dah uolssss
Quote mamajawie 19-7-2021 03:19 PM
ahahahahaha..bgus la DK sbab reveal pasal nenek kertu ni..da kertu buat la cara kertu kemain la hai nak edit kasi plump 1 badan..melainkan chuoll amik adrenochrome setiap hari tu mgkin la kot bleh muda selamanya
Quote nazzse 19-7-2021 03:29 PM
Wedding dress VW lawa..
Quote Beribear 19-7-2021 03:31 PM
Kurus eh dia.. Mcm nak tumbang dah time jalan ke kek tu. Ramai retis hollywood tempah wedding dress dgn dia tp kat mata iolss biasa je design2 VW ni
Quote ReginaGeorge 19-7-2021 05:47 PM
Nak tunduk tiup lilin pon dah terketar2 tahan lutut. Macam nilah bila dah jadi nenek.. Kuta pon tatau kita ni sampai ke tau usia 70an tuh {:hero
Quote makita 19-7-2021 07:53 PM
20 thun lepas mmg dia nmpak tua dah tapi tak sekerepot skrg lah
Quote chandrahusin 19-7-2021 08:30 PM
it’s all abt lighting
apa yg korang tau


Quote lola0311 20-7-2021 09:02 AM
kurus gila dia ni
Quote djzara81 20-7-2021 01:54 PM
Walopon muka real kertu ikut umur sebenar, tapi aku tabik body dia yg ramping persis anak dara pingitan.
Quote minahgempal 20-7-2021 04:36 PM
Mcm isap batu jek tgk vera nie..
Quote Artemesiaa 20-7-2021 06:54 PM
Nampak berusianya dia kali ni
Quote MissVixen 20-7-2021 08:49 PM
Nenek ni ambil coke ke.
Quote kon2 20-7-2021 09:38 PM
da tua da VW...TANIAH la acik dlu ngidam nk pkai gaun VW time kawen. Tu la delusional sgt, Asl marhaem mana mampu haha

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top