Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara 48 tahun selepas didapati bersalah membunuh anak lelakinya apabila remaja itu terjumpa gambarnya sedang memakan najis, lapor akhbar Daily Star hari ini.
Mark Redwine, 59, dituduh melakukan perbuatan itu kerana hilang kawalan apabila anaknya, Dylan menemui beberapa keping gambar lamanya yang memakai coli serta memakan najis daripada lampin. Pendakwa raya, Fred Johnson memberitahu mahkamah bahawa Redwine hilang sabar apabila mangsa menunjukkan gambar yang dijumpai kepada bapanya. “Sebuah hubungan yang musnah, yang didedahkan menerusi gambar-gambar tidak senonoh di tangan seorang remaja berusia 13 tahun telah mencetuskan keganasan dalam diri tertuduh,” tegasnya. Dylan sebelum ini dilaporkan hilang pada November 2012, dan empat tahun lalu, Mark telah ditahan, namun perbicaraan ditangguhkan beberapa kali dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Hukuman ke atas Redwine bakal ditentukan oleh mahkamah pada 8 Oktober ini. Sumber: Kosmo!
|
ADVERTISEMENT