Seorang lelaki Uzbekistan berusia 30 tahun ditahan polis hari ini kerana disyaki merogol seorang wanita di dalam Stadium Olimpik Tokyo minggu lalu, beberapa hari sebelum bermulanya temasya sukan terbesar dunia itu.
Lelaki berkenaan, seorang penuntut universiti bernama Davronbek Rakhmatullaev, didakwa merogol seorang mangsa berusia 20-an selepas mereka menyaksikan raptai acara pembukaan sukan Olimpik di stadium itu. Media tempatan melaporkan suspek mengenali gadis Jepun itu pada hari kejadian dan kemudiannya bertindak merogolnya di tempat duduk penonton di stadium itu. Kyodo News berkata, kedua-dua mereka adalah pekerja sambilan berkaitan dengan temasya itu dan sudah melakukan kerja-kerja yang berkaitan sebelum menonton acara raptai bersama. Suspek bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menyatakan perbuatan itu adalah atas kerelaan wanita berkenaan, lapor stesen penyiar tempatan, NHK.
Majlis pembukaan rasmi akan berlangsung Jumaat ini. Penganjur tidak membenarkan kehadiran penyokong di semua acara sukan dekat bandar itu termasuk majlis pembukaan rasmi di stadium yang mampu memuatkan seramai 68,000 penonton. Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 18-7-2021 10:59 PM
Pernah baca mn tah
Bekalan kondom sgt tgi during Olympic season dikalangan yg terlibat dgn Olympic ...
supernaturalee replied at 18-7-2021 10:59 PM
Pernah baca mn tah
Bekalan kondom sgt tgi during Olympic season dikalangan yg terlibat dgn Olympic ...
Firenzza replied at 18-7-2021 11:06 PM
Dkt braziil 2016 mmg diorg supply sbb x mau keturunan brazil jd international cocktails sis
supernaturalee replied at 18-7-2021 10:59 PM
Pernah baca mn tah
Bekalan kondom sgt tgi during Olympic season dikalangan yg terlibat dgn Olympic ...
ifanonline replied at 18-7-2021 11:11 PM
lelaki uzbek tu kuat sangat tengok maria ozawa
nononcrux replied at 19-7-2021 02:46 PM
uzbek bangsa macam mana? mix arab arab ke
edayildiz replied at 19-7-2021 02:54 PM
mcm korea campur cina..mongolia..i xjmpa lagi yg jnis mcm arab..mayb ada kot
ADVERTISEMENT