CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aktif Di FB, Pakai Skinny Jeans, Guna Wang Tunai Tanda Anda Dah Tua?

19-7-2021 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9342| Komen: 80

Satu kaji selidik di Britain mendapati golongan milenial yang masih menggunakan wang tunai serta meletakkan sapu tangan pada poket baju adalah petanda utama bahawa dia sedang mengalami proses penuaan, lapor akhbar Metro UK.


Kaji selidik yang dijalankan syarikat peruncit tenaga, Love Energy Savings itu turut mendedahkan tabiat lain seperti menonton televisyen, membaca buku dan bercakap menggunakan telefon adalah termasuk dalam senarai petanda seseorang semakin berumur.


Gambar hiasan

Selain itu, 12 peratus daripada responden kaji selidik berkenaan berpendapat bahawa menjalin hubungan di dunia nyata adalah ketinggalan zaman.

Ini sekali gus membuktikan bahawa generasi muda kini mempunyai pilihan hiburan dan komunikasi yang terhad.

“Seberapa pantas kita mengguna pakai teknologi baharu adalah salah satu elemen penting dalam jurang generasi yang semakin meningkat di Britain.


“Kaji selidik kami menunjukkan bahawa golongan milenial dinggap sudah berusia jika mereka masih melakukan aktiviti seperti menonton televisyen serta menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan orang lain berbanding menggunakan fungsi mesej,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Love Energy Savings, Phil Foster.

Antara tabiat lain yang turut disenaraikan sebagai petanda seseorang telah berusia termasuk menerima bil dari peti surat, menulis senarai barangan pada kertas menggunakan pen, merokok, menghubungi perkhidmatan teksi, aktif di akaun Facebook, menggunakan kamera dan memakai seluar jeans jenis skinny. 


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaysiaku123 19-7-2021 11:59 AM
Ayooo
I aktif je Di fb, ig
Sesekali masuk Twitter n TikTok
Pakai eWallet
Tua Kah iols?40 menghampiri..tp sentiasa rasa Muda
Quote awanysss 19-7-2021 12:03 PM
iols muda belia lg..
tak pakai skinny, tp aktif di fb..
so kira cane tu
Quote pxlbb 19-7-2021 12:19 PM
Nanti iols text 999 tika ada kecemasan

Dan iols millennial yg tak gentar dipanggil tua. Being old is not necessarily bad. Baca buku > screen addict. Call > text message sbb byk benda boleh discuss in 1 min berbanding back and forth text.
Quote makneng 19-7-2021 12:53 PM
Mak x aktif sgt kat socmed, tak pakai skinny jeans, tak suka naik cab or grab etc. Tapi masih tulis shopping list guna pen. Masih terima bill dr mailbox sbb x semua utility provider boleh email bil.. Cth SAMB. Tapi TNB, still hantar email n bill to mailbox wpun mak just boleh view je dari app.
Well mak prefer call to message - penat la message2 ni wasap2 ni. Tgk tv tu tengok juga tp Netflix sajork, berita haram mak nak layan.
Mak x kesah pun kalau org kata mak tua. Mak dah bercucu pun.
Quote salmon-suki 19-7-2021 02:45 PM
Ohh..ai xsuka msj,xsuka call{:smile{:smile{:smile lg suka f2f...tp dgn lockdown skrg,had to laa..{:cryrun
Quote monreyes 19-7-2021 02:57 PM
x suka org call.. ws dulu pls...
if I can reply thru ws.. aku reply.. if need to talk.. aku call lah.. ni tgh masak.. tetiba munyik.. sbb aku hanya expect call dari kakak aku kat kampung n courier
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 02:59 PM
so iols tua la ni?
Quote miszclassique 19-7-2021 03:02 PM
monreyes replied at 19-7-2021 02:57 PM
x suka org call.. ws dulu pls...
if I can reply thru ws.. aku reply.. if need to talk.. aku call la ...

Samaaaaaaaa satu lagi kalau boleh wassap tu terus direct bagitau lah ko nak hapeee... Ini tidak, dia duduk wassap ala2 i ada buat salah "salam, nak tanya sikit ni" pastu tergantung jehh tunggu org reply dulu baru nak citer...
Quote edayildiz 19-7-2021 03:04 PM
i x aktif kt fb..xpakai skinny..kira muda lg la kn
Quote MeghanK 19-7-2021 03:06 PM
meols dari dulu pakai skinny jeans dan kaki call orang..malas nak menaip msg ok macam buang masa gitu kan..call free ke semua telco, simpan buat apa

bab cash tu salah, meols jarang guna cash kecuali di kedai2 kecik tapi meols memang dah kertu jua
Quote becir 19-7-2021 03:28 PM
Skinny jeans and baca buku. Yes, iols kertu Suda.

Quote green~tea 19-7-2021 03:30 PM
Edited by green~tea at 19-7-2021 03:36 PM

iols dah tua, dah melepasi umur 40, but somehow tak berapa meet criteria list dlm article tu kecuali part skinny jeans and baca buku (physical books and ebook both i suka).. skinny jeans dah almost daily wear ni, sbb lepak kat rumah je kan so bila keluar skinny jeans je masih relevant in my wardrobe...

1. 99% cashless transactions semua belanja harian

2. Groceries semua list dalam google keepnote supaya senang set reminder & husband pun boleh edit/access

3. Companies iols involve IOT and digitization, in fact lepas PKP ni resort weols target 95% cashless payment as part of KPI pengurus operasi resort. Kos operasi lebih murah, hygienic and mudah utk audit.

4. Plantation weollzahhh pun currently undergoing IOT transformation and satellite for compliance with sustainability and traceability with World trade organization requirements.

5. All online bills sahaja, save dlm onedrive or google drive

6. Not really active in any soc med. Sbb bila i baca pages2 dalam tu banyak golongan rempit posting i rengsa
Quote hidet 19-7-2021 03:32 PM
miszclassique replied at 19-7-2021 03:02 PM
Samaaaaaaaa satu lagi kalau boleh wassap tu terus direct bagitau lah ko nak hapeee... Ini tidak, d ...

hahahaha..khennn..iols kalau urgent call je..wassap ni santai2 je
Quote slyfynx 19-7-2021 03:47 PM
Helloooo
I millennial.
Terasa hokkay

Biasa pakai cashless, xpakai skinny sbb x muat dan kalau muat pun mcm maskot michelin, fb dah deactivate. My dad je pakai hanky lagi, tp jadah nk letak berlipat cantik2 kt poket ntah.
Quote Suchi 19-7-2021 03:53 PM
monreyes replied at 19-7-2021 02:57 PM
x suka org call.. ws dulu pls...
if I can reply thru ws.. aku reply.. if need to talk.. aku call la ...

Sama mcm iols tak suka org call melainkan kurier or suami sendiri call tanya menda2 penting.
VC pun tk suka, melainkan time suami outstation tu pun sbb nak bg anak2 cakap.
Iols mmg susah nk bercakap ngn org kat tepon.
Reply wassap ikut suka hati iols yg mana tak reply sbb mmg iols tanak.
Hal keje reply la tp mcm iols ckp ikut suka hati iols so jgn nak mendesak sgt.

Quote MrsVeneer 19-7-2021 03:57 PM
Dah tua tp x pakai skinny jeans. Kaki keding sgt, x cantik.
X bw cash, bw laki je, dia yg byr, buat apa ssh nk cash ke debit ke qrpay ke.
X aktif di fb.suffocating. ig aktif skit2, tp suke tiktok.hiks.

Kajian tu ade benarnye.tp bkn applicable to all.gitu.
Quote Suchi 19-7-2021 03:57 PM
Tak paham kenapa pakai skinny jeans dianggap tua? Bukan ke kena kurus baru boleh pakai. So biasa bbnu kan kurus keding.

Iols tak aktif kat fb buka fb utk cari resepi n baca berita ja
Update status or sembang ngn org ke apa takde.
La ni jd pemerhati ja sambil judge orang melalui post dan caption dia

Quote monreyes 19-7-2021 04:14 PM
Suchi replied at 19-7-2021 03:53 PM
Sama mcm iols tak suka org call melainkan kurier or suami sendiri call tanya menda2 penting.
VC p ...

my sis tu dia call sbb x reti ws n sms....so exception...
dah 70y/o...
Quote Jitu 19-7-2021 04:19 PM
hmmmm tak kisah pun waktu tua itu pasti akan ditempuh klu panjang umur

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036650 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top