CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Anak, Ezad Lazim Pula Masuk Hospital

19-7-2021 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5305| Komen: 31

Penyanyi, Ezad Lazim ditahan di Hospital Putrajaya selepas diserang gastrik kronik (Gerd), pada malam semalam.

Isterinya, Zeana Ramli ketika dihubungi berkata, suaminya menunjukkan gejala awal apabila mengalami muntah-muntah dan tidak lama kemudian, diserang panik.


FotO: IG

"Semalam, selepas Maghrib, dia mula muntah-muntah kerana makan durian. Selepas itu, dia diserang 'panic attack' dan mula rasa kebimbangan (anxiety) yang tak dapat dikawal.

"Dia risau juga sebab hari ini, sepatutnya dia mendapat suntikan kedua vaksin di Putrajaya. Jadi, sesi pengambilan vaksin pun terpaksa ditunda.

"Saya bawa dia ke hospital sekitar jam 11 malam semalam. Tapi, doktor tak benarkan saya menunggu dan disuruh pulang," katanya kepada Harian Metro.


Tambah Zeana, keadaan suaminya pada awalnya tidak ada sebarang masalah memandangkan kali terakhir Ezad diserang Gerd adalah pada 2018.

"Ezad, sebelum itu ke Gua Musang untuk kerja-kerja pertanian. Dia ada surat kebenaran merentas untuk tujuan pertanian dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

"Ketika di sana, dia mencari benih untuk beberapa tanaman sebab kami merancang untuk mengerjakan dusun berikutan kerja-kerja seni pun tak dapat dijalankan dalam masa pandemik sekarang. Jadi, ada juga dia bawa balik buah durian dari sana," katanya.

Hari ini, Ezad masih lagi ditahan dan tidak dibenarkan pulang untuk mengelakkan risiko lain.

"Doktor beritahu kalau bawa pulang, risiko akan dihadapi adalah kematian memandangkan asid dan gula dalam darahnya juga agak tinggi.

"Saya jadi risau sebab dalam situasi Covid-19 seperti sekarang, tak dapat pula nak menemaninya di hospital. Mulalah macam-macam perkara bermain dalam fikiran saya.

"Apapun, saya mohon doakan semuanya dipermudahkan untuk suami saya dan dia diberikan kesembuhan segera," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 19-7-2021 12:47 PM
nk pi vaksin esoknya pun berani makan durian. ayo iols tk berani. sedangkan sihat walafiat tk pi vaksin pun iols makan beberapa ulas je
Quote otai_g 19-7-2021 01:19 PM
helicornia replied at 19-7-2021 12:47 PM
nk pi vaksin esoknya pun berani makan durian. ayo iols tk berani. sedangkan sihat walafiat tk pi vak ...

Kalo ambik vaksin x leh mkn durian ke? Br tau ari ni.
Quote Fazzbulous 19-7-2021 01:21 PM
Seksanya lahai kalau ada gerd ni...durian ni mmg la kena elakkan...adehhh..
Quote opie5662 19-7-2021 02:42 PM
otai_g: Kalo ambik vaksin x leh mkn durian ke? Br tau ari ni.


Tp iols g vaksin kat HKL... Doc sane kate boleh je nk makan sblom Vaksin atau pon selepas vaksin.. Ikut kome la kot...
Quote Dolmat 19-7-2021 02:49 PM
Edited by Dolmat at 19-7-2021 02:52 PM

Penyakit Gerd ni memang boleh buat nervous system melonjak, anxiety Dan panic attack. Nak Cuba tenang pun Tak bleh nanti rasa panic. Makan minum kena jaga.. kopi Tak boleh, pedas tak boleh mcm2.. kadang2 bleh stress di buatnya walaupun dalam keadaan relax! Susah kentot tapi kalau sendawa TERLALU KERAP Dan kuat sampai satu kawasan boleh dengar!
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 02:56 PM
dah tak boleh tahan temptation.
Quote Buritan 19-7-2021 02:57 PM
Dolmat replied at 19-7-2021 02:49 PM
Penyakit Gerd ni memang boleh buat nervous system melonjak, anxiety Dan panic attack. Nak Cuba tenan ...

Aku mkn habbatus... abis semua angin kuar.. time gerd yg aku tak lalu..ia akan disertai serangan panik..
Quote imanjannah 19-7-2021 03:00 PM
ada yg x tahan durian, makn jadi berangin, gula pun tinggi, moga cepat sembuh ezad
Quote Dolmat 19-7-2021 03:08 PM
Edited by Dolmat at 19-7-2021 03:34 PM
Buritan replied at 19-7-2021 02:57 PM
Aku mkn habbatus... abis semua angin kuar.. time gerd yg aku tak lalu..ia akan disertai serangan p ...


Betol ke??? Nak try lah.. ni Gerd btol stress di buatnya. Perot bloated.. ni Tak boleh makan, tu Tak boleh minum.
Kebetulan my sis ada beli yg sheikh Muzafar punya.

Kannnnn bila Gerd buat panic attack..
Quote Buritan 19-7-2021 03:34 PM
Dolmat replied at 19-7-2021 03:08 PM
Betol ke??? Nak try lah.. ni Gerd btol stress di buatnya. Perot bloated..
Kebetulan my sis ada ...

Aku mkn habbatus biasa je   sm jual mahai.. sis byk duit bolehlaa.. tak tau laa dgn bro tak rasi.. dgn saya mmg elok.. bila perut tuu dah mulaa bg signal nak bloat aku mkn laa.. selalunya aku akan sendawa dgn kentut.. sendawa kuat kentut pun kuat
Quote Dolmat 19-7-2021 04:11 PM
Buritan replied at 19-7-2021 03:34 PM
Aku mkn habbatus biasa je   sm jual mahai.. sis byk duit bolehlaa.. tak tau laa dgn bro tak rasi.. ...


Ishhhh Tak ehhhh bukan soal banyak duit.. kebetulan kakak belikan untuk mak. Memang ku check.. Mahal gila!!!  Ku pernah makan habatus sauda oil capsule yg biasa pastu kan bukan company timbang kilo..asal boleh bantai2 ntah2 Meka bubuh steroid...
Makan ni kena ikut sukatan skit aja takmo terover dose... Habatussauda panas... Kang tangkap jantung. Tadi dah cuba. Betol kata mu dah kluaq angin kentot! Yak yak eh!
Terima kasih sudi kongsi ya.
Quote Buritan 19-7-2021 04:13 PM
Dolmat replied at 19-7-2021 04:11 PM
Ishhhh Tak ehhhh bukan soal banyak duit.. kebetulan kakak belikan untuk mak. Memang ku check.. M ...

Boleh ke habbatus tangkap jantung.. takur pulak aku baca.. satu lg ade campor steroid ye ke..
Quote Dolmat 19-7-2021 04:37 PM
Edited by Dolmat at 19-7-2021 04:39 PM
Buritan replied at 19-7-2021 04:13 PM
Boleh ke habbatus tangkap jantung.. takur pulak aku baca.. satu lg ade campor steroid ye ke..


Dulu pernah dengar dari arwah ustaz yg jintan hitam bijirin di beli di Mekkah makan secubit aja.. sebab Habatus sauda ni heaty. Kalau yg dalam capsules tu ok ikut dosage sukatan jgn makan TERLEBIH dose.
MENGENAI steroid pulak... Kena check betul2 yg menjual tu ada lesen sah jual atau tidak.. kekadang penjual timbang kilo ni main bedal aja.. ada bubuh bahan2 yg mengandungi steroid..

Dan ada yg Tak tahu main bedal makan aja TERLEBIH dose tu yg ada alahan kena skin allergies, gatal2 Naik ruam...
Quote ashilalat 19-7-2021 04:51 PM
Aritu baca kat sini, anak sampai bocor kepala sampai polis panggil siasat kebarangkalian anak didera dia laki bini.

Bila baca headline, ingatkan ezad plak kena dera dgn bini
Quote Buritan 19-7-2021 04:57 PM
Dolmat replied at 19-7-2021 04:37 PM
Dulu pernah dengar dari arwah ustaz yg jintan hitam bijirin di beli di Mekkah makan secubit aja. ...

Aku beli dgn org arab kedai yg jual kurma.. aku selalu kat mahnaz.. aku tak beli dgn alif sokri ke..

Minyak hanbatus tuu mmg aku minum je.. tak tau la overdose ke sbb aku rasa dia minyak mcm kita minum minyak sawit je laa..
Quote Thunderclouds 20-7-2021 12:25 AM
Buritan replied at 19-7-2021 03:34 PM
Aku mkn habbatus biasa je   sm jual mahai.. sis byk duit bolehlaa.. tak tau laa dgn bro tak rasi.. ...

Nk tnya,yg kaka mkn ni kapsul yg serbuk kaaa..kapsul yg oil form tuh? Nk try la jgk utk my tummy ni. Kt umah ni ada ja habbatus hat bijik2 halus tu. Ngn yg oil form tp pakai dropper bukan dlm kapsul. 22 i xlalu
Quote Buritan 20-7-2021 12:34 AM
Thunderclouds replied at 20-7-2021 12:25 AM
Nk tnya,yg kaka mkn ni kapsul yg serbuk kaaa..kapsul yg oil form tuh? Nk try la jgk utk my tummy n ...

Aku mkn yg minyak.. yg biji pun ok tp aku malas gigi abis comot.. yg minyak tuu sbb suke lalukan dkt tekak.. kalo sakit tekak ke boleh baik.. dia jd perit perit sakit
Quote Thunderclouds 20-7-2021 12:52 AM
Buritan replied at 20-7-2021 12:34 AM
Aku mkn yg minyak.. yg biji pun ok tp aku malas gigi abis comot.. yg minyak tuu sbb suke lalukan d ...

Hahahaha..okok..hat mcm tu ada kt umah.naseb tgn xgatai p order trus kt shopee td.
Quote sayawifenikmie 20-7-2021 01:47 AM
Buritan replied at 19-7-2021 03:34 PM
Aku mkn habbatus biasa je   sm jual mahai.. sis byk duit bolehlaa.. tak tau laa dgn bro tak rasi.. ...



... u makan yg softgel ke biji2 ke atau minyak dia ?

GERD ni mmg .... rasa sakit dada lah .. anxiety la ...

durian? masuk perut jadi bergas lah perut ....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.034970 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top