Sesetengah orang mungkin nekad mahu pulang ke kampung untuk menjenguk ibu bapa yang sudah lama dirindui. Namun, segelintir lagi pasti berfikiran rasional dan bersabar demi memastikan kesihatan dan keselamatan ibu terjamin daripada terdedah pada risiko dijangkiti Covid-19.
Sama seperti Azza Elite yang bertegas dan lantang memberi amaran kepada saudara-maranya dari Selangor dan Kuala Lumpur supaya tidak ke rumah ibunya di sempena Hari Raya Aidiladha. "Jangan sesekali datang ke rumah mak Kak Za. Saya haramkan kalian datang ke rumah mak Kak Azza ketika ini demi kebaikan dan kesihatan mak Kak Za. "Tolonglah, kamu nak balik kamu punya pasal. Tapi, jangan nak bawa balik penyakit dengan merayap rumah saudara mara. Gatal nak bersalam bagai." tulisnya dalam hantaran di Instagram Story. Ujarnya, kalau mahu berdegil juga, jangan sampai melibatkan orang lain.
Selain ibunya, dia juga bimbangkan keselamatan anaknya, Marissa dan bapa saudaranya yang berada di kampung. Semoga tiada ibu bapa, saudara mara atau kenalan yang terkorban angkara kedegilan umat dalam menyambut Hari Raya Korban. - CARI
|
ellejo replied at 19-7-2021 02:39 PM
tak boleh whatsapp ka?
doubleharmonic replied at 19-7-2021 03:13 PM
tu jah benda nak digosipkan? apooo? baik lah ko tepek bideo azza sireh tengah melantak ni lepas tu g ...
laksmanabentan replied at 19-7-2021 02:47 PM
popular sgt ker keluarga dia ni sampai ramai bebenor nak jumpa mak dia tu....
rosmahisham replied at 20-7-2021 01:33 PM
Pelik muka dia..ni sama mcm siti norhaliza ckp mcm org x de gigi..
September14 replied at 20-7-2021 06:00 PM
Pelik kan dah x lawo dah
rosmahisham replied at 20-7-2021 01:33 PM
Pelik muka dia..ni sama mcm siti norhaliza ckp mcm org x de gigi..
ADVERTISEMENT