Sehari menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, pelakon Nur Fazura menzahirkan kesayuan dan kerinduannya saat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon filem Dendam Pontianak itu berkata, dia akan melihat semula gambar kenangan ketika menunaikan ibadah umrah dan mendengar talbiyah (sejenis bacaan yang dibaca oleh jemaah haji atau umrah ketika dalam ihram) jika didatangi rasa rindu dengan suasana dua kota suci yang sangat dekat dengan umat Islam di seluruh dunia itu. “Siapa rasa rindu ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah? Bila teringat (rindu), saya akan tengok gambar dan mendengar talbiyah. Rasa sayu sangat hati ini,” tulisnya dalam Instagram. Bagaimanapun, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkesempatan untuk menunaikan ibadah umrah bersama dua orang sahabat (dianggap kakak) iaitu penata imej, Yana Baharudin dan usahawan, Nurida Suraya serta suaminya, Fattah Amin sekitar penghujung tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda. Menerusi perkongsian tersebut, Fazura berkata pengalamannya menunaikan umrah pada ketika itu dianggap sangat luar biasa kerana berasa tenang dan dipermudahkan.
|
[go.sip] | ݢوسيڤ
Definisi : cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat
ashilalat replied at 19-7-2021 10:32 PM
Mentang2 dah suci di mata forumers, nak sayu pon terpaksa potray sayu yang suci suci...
...
mishungu replied at 19-7-2021 10:37 PM
As a fan iols x pernah pon anggap gitu.. Alhamdulilllah la kalo jd lebih baik dr before..
slyfynx: No offence to Fazura or peminat Fazura....Tp ni gosip pemende wehhhhhhhhhhhhhhhhEditor pun x tau maksud gosip ape ke?
ADVERTISEMENT