Guru dipecat kerana rekod cuti sakitnya selepas mengalami serangan asma disebabkan murid-murid menggunakan deodoran di kelas. Alison Grant-Ryder, 62, didapati mengambil cuti selama 243 hari antara 2013 dan 2019, lapor Metro UK.
Guru yang bertugas di sebuah sekolah di Wrexham, North Wales selama tiga dekad itu pertama kali mengalami serangan asama di tempat kerja pada 2013. Dia didiagnoskan dengan asma dan mengambil cuti bekerja pada 2016 selepas berlaku beberapa masalah berkaitan kesihatannya. Ketidakhadiran Grant-Ryder disebabkan murid-murid menggunakan semburan rambut dan deodoran sebelum kelasnya, meskipun penggunaan bahan itu dilarang di sekolah. Guru malang itu sebaliknya dipecat meskipun tidak mengambil cuti yang dikaitkan serangan asma pada tahun terakhir dia berkhidmat.
Menerusi panel tribunal pekerjaan, sejarah ketidakhadiran jangka pendeknya terkawal sekurang-kurangnya selama setahun ketika guru berkenaan ditamatkan perkhidmatannya. Menurut satu keputusan, langkah untuk memberhentikan guru berkenaan berdasarkan pertimbangan potensi sembuhnya adalah tidak memadai. Tribunal turut mendapati sekolah tersebut melanggar Akta Kesetaraan 2010 kerana tidak mematuhi peraturan untuk mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan masalah kepada pihak yang menuntut disebabkan oleh ciri fizikal, iaitu penggunaan aerosol di dalam kelas. Guru berkenaan memenangi pampasan kerana kehilangan pendapatan dan emosi terganggu. Grant-Ryder memperoleh pampasan £78,000 (RM449,100). Sumber: mStar
|
krustykrab replied at 21-7-2021 10:01 AM
Kalau kt tanahair...agak2 kena pecat jgk ke atau tiada tindakan diambil
Dovahkiin replied at 21-7-2021 10:28 AM
Sini pun ada medical board. Kalau bnyk sgt mc, gaji bulanan akan ditukar kepada gaji harian. Bila da ...
ADVERTISEMENT