|
BANGKOK – Syarikat penghantar makanan Foodpanda di Thailand berdepan kritikan hebat apabila mengumumkan akan memecat mana-mana pekerja yang mengambil bahagian dalam demostrasi pro demokrasi, lapor laman berita Thaigernews, semalam.
Pengguna dan restoran yang terlibat dalam perkhidmatan menghantar makanan menyatakan pendirian mereka untuk memboikot perkhidmatan tersebut. Tindakan boikot atau digelar pandacott itu berlaku selepas syarikat itu merancang memecat seorang penghantar makanan yang dirakam berada di lokasi demonstrasi berlangsung. Syarikat itu mengatakan bahawa tunjuk perasaan itu berada di bawah dasar syarikat yang menentang kekerasan dan keganasan.
Penunggang itu didakwa membakar potret kerajaan. Susulan kejadian itu, Foodpanda memaklumkan pihaknya akan mengkaji perkara itu dan memecat penunggang tersebut. Ramai penunjuk perasaan dan wartawan dilaporkan cedera dalam tunjuk perasaan yang membantah kegagalan menguruskan wabak Covid-19 dan kekangan bekalan vaksin, semalam. Sejumlah penunjuk perasaan itu turut menuntut Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha meletak jawatan. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.196875 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.