Polis menyiasat kes seorang pengawal keselamatan didakwa membuat jenaka dan isyarat lucah terhadap seorang wanita yang hadir untuk janji temu suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, siasatan dibuat susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.56 petang Ahad. "Kami sudah merakam kenyataan daripada wanita tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Pada Ahad, seorang wanita dalam hantaran di Facebook miliknya mendakwa, semasa berjalan melalui pintu masuk ke PPV berkenaan, pengawal keselamatan terbabit meminta untuk melihat MySejahtera dan MyKad. Menurut wanita tersebut, pengawal keselamatan itu bercakap dalam bahasa Melayu dan bertanya sama ada dicucuk atau belum dan menjawabnya belum kerana menyangka soalan itu mengenai ujian swab Covid-19.
"Wanita berkenaan mendakwa, pengawal keselamatan tersebut kemudian berkata: "Nak saya cucuk awak ke? (sambil dia tunjuk isyarat satu jari telunjuk dimasukkan dalam genggaman tangan satu lagi)." "Wanita berkenaan bersama suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
Xim replied at 21-7-2021 11:19 AM
Thread dah ada ni....lebih afdhol kalau blh merge sekali @CARI-MAL
https://mforum1.cari.com.my/fo ...
Punat_button replied at 21-7-2021 03:38 PM
Lebih awal pun ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1260360&extra=page% ...
Xim replied at 21-7-2021 03:43 PM
Tapi takde updates pulak thread itu....
ADVERTISEMENT