Pelakon dan pengacara Didie Alias berkongsi momen lucu menyaksikan anak bongsunya, Muhammad Dayyan Norisham, 7, meraung melihat lakonannya dalam drama Tanah Kubur. Didie, 46, atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata, Dayyan yang ketika itu sedang menikmati makanan terus berhenti dan menangis. “Dia tengok Tanah Kubur, dia menangis tengok mak dia kena bunuh, macam mana? “Dik (Dayyan) itu drama je, ini mummy kat depan adik ni haa… I’m here, I’m here… “Mummy berlakon je dalam Tanah Kubur. Mummy belum mati lagi,” katanya menerusi perkongsian dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.
|
doubleharmonic replied at 21-7-2021 06:39 PM
kelass ko dekk sampai nangis2 tengok tanah kubur. iols nak sedih sayu pilu pon tak mampoo dek sebab ...
ADVERTISEMENT