Sejak bergelar ibu, pelakon dan pengacara Ain Edruce semakin kerap berbelanja untuk anaknya terutama pakaian yang cantik-cantik.
Ain mengakui dia kini ketagih membuat pembelian secara dalam talian hingga ditegur suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa. "Sekarang saya dah ketagih shopping online... semua yang saya beli adalah untuk Soraya. Anak perempuan pula tu, lagi la kita jadi rajin nak cari baju cantik-cantik untuk dia. "Macam untuk Raya Haji ini pun kami memang dah plan untuk pakai baju sedondon warna maroon, saya hanya beli baju menerusi online sahaja sebab kita masih terikat dengan PKP. "Sekarang dah rutin untuk saya buka laman web yang jual baju, cekak, kasut dan topi untuk baby. Kadang-kadang tu sampai tak perasan dah pernah beli, tapi beli lagi benda yang sama. "Suami banyak ingatkan saya agar jangan terlalu membazir shopping online tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa menentu ini," katanya kepada mStar. Ain, 30, yang melahirkan Soraya pada 19 Mei lalu turut mengakui paranoid mahu meninggalkan cahaya mata sulungnya itu kepada individu tidak dikenali sekiranya kembali bekerja kelak.
"Tapi saya dan suami dah ada perancangan, kami akan tinggalkan Soraya dengan neneknya yang memang teringin nak jaga dia tapi dalam masa yang sama kami tak nak bebankan ibu mentua. "Jadi kami rancang akan upah babysitter untuk tolong nenek Soraya jaga dia nanti. Kiranya Soraya sentiasa ada depan mata nenek dia," katanya.
Biasalah ibu-ibu memang suka berbelanja untuk anak-anak terutama bab pakaian. Kalau boleh, habis semua dia nak sedondon dengan anak. Ada ke kaum bapa begini ya? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|