Pelakon popular Datuk Fizz Fairuz kerugian RM18,000 apabila menjadi mangsa 'scam' seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri.
Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini. Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat. "Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.
"Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?" katanya kepada Harian Metro.
|
ashilalat replied at 21-7-2021 09:02 PM
Kes mcm ni, kalau mamat tu kena tangkap pon, boleh dpat balik ke duit?
Paling2 pon aku pikir mam ...
ashilalat replied at 21-7-2021 09:02 PM
Kes mcm ni, kalau mamat tu kena tangkap pon, boleh dpat balik ke duit?
Paling2 pon aku pikir mam ...
slavehunter replied at 22-7-2021 12:12 PM
Dato Sri scam Dato. ???
I though all Dato kaya?
nononcrux replied at 22-7-2021 12:53 PM
dulu aku ade kenal sorang dato beli.. takde kaya mana pon sekadar datok je.. business apa semua ta ...
ADVERTISEMENT