CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berat Badan Sherry Alhadad Turun 25kg Gara-Gara Putus Cinta

22-7-2021 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9284| Komen: 44

Melihat imej dan penampilan terbaharu, nyata usaha pelakon, pelawak dan pengacara popular, Sherry Alhadad, 36, menurunkan berat badan semakin berhasil.

Bukan sahaja tubuh gempal yang menjadi 'tanda dagang' mula menyusut, malah Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad kelihatan cukup bergaya.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai bukan sedikit pengorbanan dilakukan pengacara program The Sherry Show itu. Selain menjaga pemakanan, Sherry kerap bersenam sambil dibantu dengan pengambilan produk pelansingan badan.


Foto: IG

Di sebalik kesungguhan mendapatkan bentuk badan ideal, selain menjaga kesihatan lebih baik timbul persepsi nakal mendakwa, Sherry mahu kurus kerana berhasrat mencari cinta.


Saat diajukan persoalan kepada empunya diri, pemenang Artis Komedi Popular dan Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu hanya tergelak besar.

Pantas menafikannya, Sherry mendedahkan, dia masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai dijadikan calon suami sehingga saat ini.

"Saya masih single dan sukar mahu cari kekasih. Mungkin sifat kelakar saya menimbulkan keraguan pada lelaki apakah saya boleh serius dalam percintaan.

"Namun, berdasarkan situasi getir COVID-19, bagaimana mahu mencari jodoh? Dua tahun berlalu begitu sahaja. Ditambah pula, saya hanya bertemu orang yang sama setiap hari. Takkanlah sampai tahap mhu menggunakan aplikasi cari jodoh, Tinder," katanya kepada BH Online.



Diusik pertanyaan apakah salah sekiranya menggunakan kaedah cari jodoh dalam talian sebagai salah satu usaha untuk mencari pasangan hidup, ibu saudara kepada pelakon Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah itu mendedahkan, dia pernah terdetik mahu mencuba cara itu.

"Saya diperkenalkan seorang teman mengenai kewujudan aplikasi cari jodoh berkonsepkan Islam. Walaupun saya sangat skeptikal dengan cara ini, tetapi saya cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenainya.

"Namun, apabila memikirkan kesan pada kemudian hari, ditambah pula tidak mahu dilihat berpura-pura, saya batalkan sahaja niat ini. Jika boleh, saya lebih suka mengenali seseorang secara berdepan berbanding menerusi aplikasi WhatsApp dan foto," katanya.




Meskipun dilihat cukup komited dengan kerjaya dan menjadi antara selebriti terlaris, bekas graduan Ijazah Seni Persembahan Teater, Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu tidak mahu menjadikan alasan kerjaya sebagai halangan untuknya mencari jodoh dan bercinta.

"Melihat cara saya bekerja hari ini, saya yakin teman lelaki marah dan rasa terabai memandangkan saya sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas, setiap hari.

"Namun, jika ditakdirkan menemui seseorang, saya akan cuba membahagikan masa dan memberi sepenuh perhatian terhadapnya," ungkap wanita peramah ini.

Diajak berbicara sejarah kisah cinta, Sherry berkata, dia pernah berpacaran sebanyak dua kali, namun semuanya berakhir di pertengahan jalan.



"Kali pertama mungkin boleh dikatakan cinta monyet, manakala cinta kedua pula berputik ketika saya menuntut di ASWARA. Kami berpisah bukanlah disebabkan bentuk badan kerana dia menerima saya seadanya.

"Kami putus kerana si dia mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alasannya saya anggap sangat tipikal. Masa itu, saya memang sangat kecewa.

"Berat badan saya turun sebanyak 25 kilogram dan keputusan peperiksaan juga terjejas gara-gara putus cinta," cerita anak jati Kuala Lumpur ini.

Sama seperti penggiat seni lain, pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut menghalang pelakon yang diperkenalkan menerusi telefilem Sutun pada 2006 meneruskan aktiviti seni sehingga satu tempoh yang belum ada kepastian.



Akuinya, situasi itu sedikit sebanyak memberikan kesan emosi dalam dirinya.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 masih diberi kelonggaran untuk beriadah. Secara tidak langsung saya boleh lepaskan tekanan.

"Namun, pelaksanaan Fasa Satu PPN kita semua terpaksa berkurung dalam rumah sepanjang masa. Situasi ini memberi kesan terhadap emosi saya.

"Keadaan ini menyebabkan saya sukar untuk melelapkan mata. Jika tidur pun, saya akan terjaga pada waktu dinihari.

"Selain itu, pelbagai berita menakutkan mengenai pandemik COVID-19 ditulis dalam media sosial membuatkan saya berfikir banyak perkara hingga terbawa-bawa dalam mimpi," kongsi Sherry.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Gol dan Gincu Vol 2 dan Bikin Filem itu sedang sibuk menyiapkan drama bersiri, The Maid 2.

"Sebelum larangan aktiviti penggambaran dilakukan, saya sibuk di lokasi penggambaran drama The Maid 2. Saya juga sepatutnya menyiapkan beberapa program televisyen (TV).

"Saya hanya duduk di rumah sahaja dan belajar mengaji dalam talian memandangkan aktiviti penggambaran belum dibenarkan," kata bekas pengacara program Muzik-Muzik itu.




Sejak mengamalkan diet, berat badan Sherry menyusut sebanyak 13 kilogram.

Sherry masih menaruh harapan program All Together Now Malaysia kendaliannya yang dihentikan tayangan, bulan lalu dapat disiarkan semula kerana ia menguji kemampuannya berdiri sebagai pengacara solo. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 22-7-2021 12:01 PM
Lepas tu jual minuman kurus.. lepas tu orang beli sebab artis jual.. lepas tu yang minum nanti tunggu lah masa akan datang sakit sakit minum benda tah pape masuk badan.. dan beliau masa akan datang terus kaya raya dengan duit minuman kurus.
Quote Mulotkoyak 22-7-2021 12:07 PM
akuHavocczz: Lepas tu jual minuman kurus.. lepas tu orang beli sebab artis jual.. lepas tu yang minum nanti tunggu lah masa akan datang sakit sakit minum benda tah ...

Kannn... Aduyaiii... Padahal pegi buat operate..
Quote cap_ayam 22-7-2021 12:08 PM
so berapa berat badan sekarang?
Quote nononcrux 22-7-2021 12:09 PM
suka dia ni lawak dia tulen.. hahha
Quote chinta89 22-7-2021 12:14 PM
suka dgn sherry, berbakat dan happy go lucky.
semoga sherry dan dayang cepat bertemu jodoh. x sabar tgk Sherry dan Dayang Nurfaizah temui cinta, amin.
Quote asfaz 22-7-2021 12:21 PM
Ai suka sherry daripada zulin terdampar.
ai doakan sherry dan sesiapa yang masih mencari jodoh dipermudahkan dan dapat yg baik.
Quote slyfynx 22-7-2021 01:42 PM
Ahhhh, satgi kuar la produk minuman kurus.
Org kite pun berkerumun beli
Quote sleepandream 22-7-2021 02:00 PM
dolu2 kusam jeh sheols ni...
sejak jadi host la nampak glowing...
tapi tetap nampak sama gemuk jah dulu dgn skrg... 25 kg punnnnn
Quote bottombikini 22-7-2021 02:11 PM
yg putus cinta turun 25kg tu zaman bila?
yg kurus hat ni sbb dia rajin senam kan

ke aku tak paham yg mana satu
Quote harkktuih 22-7-2021 02:45 PM
tajuk pun mislead..org tu turun berat 25kg sbb putus cinta tu zaman tok kaduk..tapi dok highlight mcm sekarang dah turun 25kg..patut tajuk mcm ni reputs kelas belakang:


Berat Badan Sherry Alhadad PERNAH Turun 25kg Gara-Gara Putus Cinta
Quote chekacheku 22-7-2021 02:50 PM
Chubby ke slim ke selagi kita jaga kebersihan diri knpim nmpk cantik wangi
Quote annadonna 22-7-2021 03:09 PM
I love sherry. Elegan sangat dan dia comfortable dgn diri dia. Confident dan dia kaki gym juga. Sherry tak pernah tinggalkan sahabat lama dia walaupun dah ramai kawan selebriti. She's truly a genuine star.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 03:47 PM
orang putus cinta kurus badan
aku putus cinta terlebih makan
Quote hashashes 22-7-2021 04:04 PM
Suka dia dalam cerita sutun heheheh masa tu dia baru start berlakon kot dressing pun takde lah urban sangat cam sekarang
Quote Perk77 22-7-2021 04:07 PM
Dia Jual ubat kurus Kan...ade tgk kat FB.....
Minum jus ape Benda entah
Quote anggeriklatifah 22-7-2021 07:26 PM
Hrp dia Tak jual la minuman kurus
Quote elnor_81 22-7-2021 11:50 PM
anggeriklatifah replied at 22-7-2021 07:26 PM
Hrp dia Tak jual la minuman kurus

Dia jual. Aku tgk kt ig. Lupa namanya
Quote cantthinkofany1 23-7-2021 03:10 PM
akuHavocczz replied at 22-7-2021 12:01 PM
Lepas tu jual minuman kurus.. lepas tu orang beli sebab artis jual.. lepas tu yang minum nanti tungg ...

kannnnnnnnnnnnn........tipah tertipu lagiiiiiii
Quote ckenj 23-7-2021 03:12 PM
kalau potong perut ckp je la..takyah kata product pelansing bagai2...cehh. aku ok je ngn ko shery jgn merepek2 keluar kenyataan sudah.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037459 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top