Umum tahu Elly Mazlein sedang hamil anak keduanya hasil perkahwinan dengan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Azlan. Sejak diumumkan berbadan dua, jarang Elly berkongsi perjalanan kehamilannya dalam media sosial. Mungkin lebih selesa dengan kehidupan privasi.
Namun, baru-baru ini Elly menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya. Dalam foto tersebut, Elly telah membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru.
|
nakkomenjugak: tahniah diucapkan
ADVERTISEMENT