Tiba-tiba nama dipetik, Nana terkilan apabila ada namanya diheret dalam perbincangan terbuka membabitkan beberapa teman baik. Berkata kepada BH Online, Nana atau nama sebenarnya berkata, hanya menyedari namanya menjadi topik pebincangan penyanyi Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim, Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menerusi Instagram (IG) Live, kelmarin selepas dimaklumkan peminat.
"Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka," katanya kepada BH Online. Walaupun pada mulanya mahu mengabaikan isu tersebut, namun apabila terkenangkan ianya dibuat secara terbuka, Nana akan menegakkan haknya untuk mempertahankan diri.
"Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif. "Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya. "Namun, saya perlu mempertahankan maruah apabila nama diheret dengan dakwaan secara terbuka dalam media sosial," katanya yang sudah merujuk pihak peguam untuk tindakan lanjut. Tegasnya, insiden itu merosakkan intergriti dan reputasi, sekali gus menjejaskan periuk nasinya. Sheila sebelum ini mendakwa Nana dan pengurusnya, Anas Osman memburukkan nama Lan kepada rakan di stesen televisyen (TV). Malah, Nana didakwa menuduh Lan menumpang popularitinya. "Saya dan Lan ambil keputusan 'unfollow' Nana dan Anas. Cukuplah kami diburukkan. Kini, kami pula dikatakan memfitnahnya. Secara terbuka, saya nak bercerita semuanya, hari ini (kelmarin). "Saya, Syura dan kawan-kawan lain sudah tak boleh tahan. Kami anggap Nana dan Anas seperti adik beradik. Namun, saya tidak menyangka Nana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya keluar bersama. "Saya terkilan kerana makanan menjadi darah daging. Kami pernah makan di sebuah restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja, itupun saya hulur. "Saya hargai semua jasa Nana. Namun, saya terkedu apabila dituduh makan tidak bayar dan tunggu duit Nana sahaja. Saya terfikir bila masa kami makan tidak bayar. "Kami hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada Nana. Jika tidak bersalah, tampil dan jawab. Memang siaran langsung ini dituju pada Nana dan Anas kerana saya tidak tahan terima macam-macam mesej," dakwanya yang sudah berkawan dengan Nana dari zaman susah sejak hampir 20 tahun lalu. Mungkinkah mereka akan berdepan antara satu sama lain untuk menyelesaikan kemelut ini tanpa turun naik mahkamah? - CARI
|
Daftpunk_shine: Beringat la wahai kgkwan. Kalau duit xda dalam dompet, p cucuk dulu duit baru p makan. Ni member berkali2 tlg bayar, member pun dah naik muak, ko expe ...
Skuau replied at 22-7-2021 02:40 PM
dedulu aku ok bila orng kata..'nak belanja'...semenjak ada sorang kawan kata.."bila nak belanja..say ...
Daftpunk_shine: Beringat la wahai kgkwan. Kalau duit xda dalam dompet, p cucuk dulu duit baru p makan. Ni member berkali2 tlg bayar, member pun dah naik muak, ko expe ...
bbasir: eleh ntah2 dorg ni mmg ambil kesempatan kat Nana pun.. ye laaa smua tu senduuuu aje.. mana la nak tahan wei kalau setiap kali makan, ko menumpang duit ...
ADVERTISEMENT