Dua pengawal dijadikan tebusan selama sembilan jam semalam oleh dua banduan yang antaranya menuntut piza, menurut jurucakap penjara Sweden. Stina Lyles berkata, kedua-dua tebusan dilepaskan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas tuntutan banduan diberikan piza ditunaikan, lapor AFP.
Pegawai penjara, Torkell Omnell, berkata banduan yang dihukum kerana membunuh di penjara keselamatan tinggi Hallby berhampiran bandar Eskilstuna, memasuki kawasan dikhaskan untuk pengawal pada jam 12.30 tengah malam. Katanya, mereka menahan dua pengawal yang berada di situ. "Kami dengan cepat membawa orang tengah dan menghubungi polis, katanya. Menurut laporan media Sweden, penculik mengemukakan dua tuntutan iaitu helikopter untuk melarikan diri dan 20 piza untuk tahanan lain. Menurut polis, kedua tahanan itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT