Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng, di sini, hari ini.
Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu meninggal dunia ketika sedang duduk di sofa awal pagi tadi. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima daripada pihak polis pada pukul 7.09 pagi. Katanya, sepasukan 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Atan telah dikejarkan ke lokasi bersama-sama dua buah jentera. “Pasukan bomba tiba di kediaman tersebut pada pukul 7.19 pagi dan mendapati mayat wanita obes seberat 230 kilogram itu berada dalam keadaan terlentang di atas lantai. “Seramai enam orang anggota termasuk pegawai bomba bersama-sama membantu mengangkat mayat mangsa untuk dipindahkan ke atas lori angkut bomba,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jelasnya, operasi tersebut selesai pada pukul 8.25 pagi dan mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, keluarga mangsa memaklumkan wanita tersebut mempunyai sejarah penyakit asma. “Namun siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Forensik Hospital Melaka,” katanya. Sumber: K! ONLINE
|
white_musk replied at 22-7-2021 04:29 PM
Mana yang kata gemuk is awesome?
ADVERTISEMENT