Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini memuatnaik bebarapa keping gambar di laman Instagram miliknya berserta kapsyen yang seolah-olah menjawab persoalan ditujukan kepadanya.
Menerusi satu perkongsian InstaStory, Muhammad Nadir Al-Nuri memaklumkan bahawa semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai hitam putih (rekod) jadi tiada masalah untuk berkongsikannya sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian. “Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah. “Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.
Walaupun perkongsian itu tidak menamakan atau ditujukan kepada individu tertentu namun ia dilihat seolah-olah menjawab soalan yang diajukan oleh Pendakwah Bebas, Ebit Lew. Terdahulu, Ebit dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya semalam meminta Muhammad Nadir Al-Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin. “Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu? “Saya yakin dengan NGO di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
batmana replied at 23-7-2021 12:50 PM
Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?
batmana replied at 23-7-2021 12:50 PM
Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?
kucingitam: ritu dia ada bagitau dia amik 10% saja..tunggu je lah kalau ada laporan audit yang nak dibentangkan nanti..
batmana: Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?
Redskin replied at 23-7-2021 03:06 PM
Hahaha....elok rakyat tak tahu pasal 20 juta,
skrg dah tahu.
ADVERTISEMENT