CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Lelaki Ajak Kawan Protes Pakai Skirt Ke Sekolah Kerana Cuaca Panas

23-7-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5581| Komen: 30

Sekumpulan pelajar lelaki yang dilarang memakai seluar pendek semasa gelombang panas melanda Eropah memakai skirt sebagai tanda protes.

Dailymail melaporkan, Adrian Copp, 15, mengetuai rakan-rakannya di Sekolah Poltair di St. Austell, Cornwall untuk menentang ‘dasar seragam ketinggalan zaman’ sekolah dengan memakai skirt ke kelas.




Walaupun suhu melambung di atas 30 darjah Celsius minggu ini, peraturan sekolah menengah tidak membenarkan murid memakai seluar pendek.

Adrian dan dua rakannya, Connor Humphries dan Scott Penman merancang untuk terus memakai skirt untuk minggu ini dan mengatakan bahawa mereka mahu lelaki dan perempuan mempunyai pilihan untuk memakai seluar pendek.

“Saya pasti merasa lebih sejuk. Benar-benar tidak selesa memakai seluar panjang dalam keadaan panas ini.

“Kami hanya mahu semua orang mempunyai pilihan untuk memakai seluar pendek dalam keadaan panas ini dan itu juga berlaku untuk para gadis,” kata Adrian.


Panduan pakaian seragam sekolah menengah berbunyi: ‘Pelajar mesti memakai seluar panjang berwarna hitam’.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote charlenecart 21-7-2021 05:25 PM
Boys at several high schools in Montreal have started wearing skirts to school to protest sexist dress code policies against female students.  He said he was hoping to tackle the hyper sexualization of female bodies, toxic masculinity and sexist dress codes.
myloweslife.com
Quote Skuau 21-7-2021 05:40 PM
Edited by Skuau at 21-7-2021 05:47 PM

taun 80-an,90-an....budak lelaki sekolah rendah kat Msia...memang pakai seluar pendek pon...'sepanjang musim'.......
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:51 PM
Ini bijak. Bobois pakai suar pendek tak boleh, tapi gegurls pakai skirt boleh pulak.
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:52 PM
Pelajar tengah itu bakal jadik ahli politik licik.
Quote dua_chzy 21-7-2021 05:53 PM
Atau CEO yang licik.
Quote mbhcsf 21-7-2021 05:56 PM
pakai lah Scottish  quilts????

Quote mbhcsf 21-7-2021 05:57 PM
atau kain pelikat lah ...cap gajah duduk  haaaa....kelas gitu

summer couture
Quote sarah82 21-7-2021 05:58 PM
Aku terbayang kan.. Tentera roman pakai skirt berperang... Mamposss.. Muahahahahhaah.
Quote lurve82 21-7-2021 06:00 PM
Skrg kat sini pun dh jarg nmpk budak2 skola pki suar pendek..
Quote dua_chzy 21-7-2021 06:07 PM
lurve82 replied at 21-7-2021 06:00 PM
Skrg kat sini pun dh jarg nmpk budak2 skola pki suar pendek..

Tinggal sekolah Cina lagik yang amalkan kot. SK jarang sangat dah nampak. Macam tak pernah nampak dah. Kat SK/SMK pun jarang tengok student pakai pinafore.
Quote lurve82 21-7-2021 06:09 PM
dua_chzy replied at 21-7-2021 06:07 PM
Tinggal sekolah Cina lagik yang amalkan kot. SK jarang sangat dah nampak. Macam tak pernah nampak  ...

Kat sini pinafore masih ramai...yg non muslim la..yg muslim mcm ada nmpk sorg 2...klu suar pendek pun ada nmpk chinese pki..xseramai zaman aku dulu...
Quote xy_daen 21-7-2021 06:09 PM
Talibanisasi di Malaysia is real guys..
Quote dua_chzy 21-7-2021 06:15 PM
lurve82 replied at 21-7-2021 06:09 PM
Kat sini pinafore masih ramai...yg non muslim la..yg muslim mcm ada nmpk sorg 2...klu suar pendek  ...

Kat daerah ai @ luar bandar ni memang dah susah nampak pinafore. Bila ada student pakai pinafore, terus rasa segar mata ini memandangnya.
Quote lurve82 21-7-2021 06:18 PM
dua_chzy replied at 21-7-2021 06:15 PM
Kat daerah ai @ luar bandar ni memang dah susah nampak pinafore. Bila ada student pakai pinafore,  ...

Eh sis jejantz kah? Segar mata camne tu?
Quote dua_chzy 21-7-2021 06:20 PM
lurve82 replied at 21-7-2021 06:18 PM
Eh sis jejantz kah? Segar mata camne tu?

Segar mata as in nampak something lain dari kebiasaan la sis Lurve oiiii. Ai suka ja tengok budak2 ni pakai pinafore. Bosan dowh asek baju kurung ja.
Quote Decaffeinated 21-7-2021 06:22 PM
Masa aku sekolah dulu ada sorang mamat ni pakai seluar pendek sepanjang tahun.
Quote lurve82 21-7-2021 06:24 PM
dua_chzy replied at 21-7-2021 06:20 PM
Segar mata as in nampak something lain dari kebiasaan la sis Lurve oiiii. Ai suka ja tengok budak2 ...

Hahahha....aku dulu pun pki pinafore smpi darjah 3...aku teringin anak aku thn 1 nanti pki pinafore..tp takut jgk dkt pedo ni...anak2 lelaki pki suar pjg..sbb dorg selalu main dan terjatuh...berlubg suar xpe lg dr berdarah lutut...
Quote Decaffeinated 21-7-2021 06:25 PM
dua_chzy replied at 21-7-2021 06:15 PM
Kat daerah ai @ luar bandar ni memang dah susah nampak pinafore. Bila ada student pakai pinafore,  ...

Student kadazan dusun pakai baju kurung ka?
Quote dua_chzy 21-7-2021 06:47 PM
Edited by dua_chzy at 21-7-2021 06:53 PM
Decaffeinated replied at 21-7-2021 06:25 PM
Student kadazan dusun pakai baju kurung ka?


Ye la. Dan Islamisasi kuat. Dun play2. Terutama daerah ai. Masa sukan, pelajar perempuan non Muslim sekolah ai berlari pakai seluar panjang @ tracksuit hokeh. Sekolah area pekan ja atlitnya pakai seluar fit pendek. Even student lelaki Muslim sekolah ai pun tak berani bersukan pakai seluar pendek. Takut ustaz marah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039641 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top