CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Dipatuk Ular Ketika Main Dengan Abang Dalam Bilik

24-7-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9079| Komen: 68

Seorang bayi lelaki maut selepas empat jam dipatuk ular di kediaman keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz, setahun lima bulan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi di Hospital Rembau ketika sedang menerima rawatan susulan.



Seorang bayi lelaki maut selepas empat jam dipatuk ular di kediaman keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang merupakan anak bongsu tinggal bersama ibu, nenek dan abangnya di rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik tidur utama bersama ibunya yang turut berada di bilik tersebut. Tiba tiba ibunya mendengar jeritan anak bongsunya itu, pada masa sama ternampak seekor ular lari masuk ke lubang dalam bilik tersebut.


“Wanita itu memeriksa dan ternampak kesan patukan ular di tapak tangan kiri anaknya dan terus membawanya ke Hospital Rembau,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Hazri berkata, kira-kira pukul 1 pagi, ibu mangsa dimaklumkan pihak Hospital Rembau bahawa anaknya telah meninggal dunia dan laporan polis dibuat ibu mangsa pada pagi ini. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-7-2021 01:49 PM
Takziah kpd keluarga.
Kalau kena patuk ular, deme bg apa yach?
Quote Lolalala 24-7-2021 01:55 PM
Tinot7 replied at 24-7-2021 01:49 PM
Takziah kpd keluarga.
Kalau kena patuk ular, deme bg apa yach?

Bg anti venom ular. Sepupu pernah kena, dia explain ular apa yg patuk dia. Ular tedung tu. Panjang nywanya.
Quote Artemesiaa 24-7-2021 01:57 PM
Cuaca panas sekarang benda tu suka cari tempat sejuk.  Jadi kalau tinggal dekat dengan kawasan belukar eloklah bersih2kan kawasan untuk elak rumah jadi tempat persinggahan sementaranya.
Quote jazaa100 24-7-2021 02:15 PM
Kesiannya.....

Mesti sakit sgt tu
Quote misc 24-7-2021 02:19 PM
Takziah buat keluarga adik ni. Siannya..main dlm rumah pun tak selamat
Quote zehra2 24-7-2021 02:21 PM
cuaca panas kering.. mmg ular pun nk berteduh..
rajin2 ler bersihkan area rumah
Quote any42 24-7-2021 02:48 PM
ingatkn klau smpat dpt rwatan akn selamat. sedihnya. takziah
Quote supernaturalee 24-7-2021 02:49 PM
Berita mcm ni siapa yg akn inform reporter
Polis ke atau reporter tu sndiri yg dpt forwarded WhatsApp msg

Quote OsHiN_hOnEy 24-7-2021 02:51 PM
cuaca panas lit2 skrg ni
check dlm tandas, tempat2 sejuk selalu
salam takziah
Quote ctaz 24-7-2021 03:01 PM
innalillahiwainnailaihirojiun...

anti venom tak boleh bagi sebarangan,.....
kena tahu jenis ular yg mematuk...

teringat ada satu kes lelaki cina gi memancing mlm2...
kena patuk ular...lelaki tu cari ular tu sampai dpt....
dpt ular tu terus gi hospital...
terus dpt anti venom yg sesuai dgn bisa ular tu...


Quote hareeeesah 24-7-2021 03:07 PM
ctaz: innalillahiwainnailaihirojiun...anti venom tak boleh bagi sebarangan,.....kena tahu jenis ular yg mematuk...teringat ada satu kes lelaki cina gi meman ...

Nasib la sempat jugak dirawat, kot while cari ular tu dia pun sadaqallah macam mana..
Quote Jitu 24-7-2021 03:18 PM
Innalillah...



Quote whimsicalmusic 24-7-2021 03:54 PM
Tu yg bahaya kalo kena patuk ular..kena blh describe ular tu so that anti venom yg sesuai dpt diberi..mcm dlm cerita snakes on a plane tu la nk dpt venom kena tao ular mana
Quote Thunderclouds 24-7-2021 04:53 PM
Astaghfirullah..Ya Allah. Sedihnyaa. Haiwan ni sampai la jmpa tiap kali blk kg. Dlu2 waktu kecik mmg slalu sgt masuk umah. Umah tanah rancngn waktu tu masih byk hutan. Harimau pn masuk kg. Slm takziah.
Quote Thunderclouds 24-7-2021 04:55 PM
supernaturalee replied at 24-7-2021 02:49 PM
Berita mcm ni siapa yg akn inform reporter
Polis ke atau reporter tu sndiri yg dpt forwarded WhatsA ...

Biasa2 dr polis. Kadang2 org awam passing2 info.
Quote mbhcsf 24-7-2021 04:59 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎,


i think now haiwan pun dah tak selsa sebab panas ni so  hehati.

Quote rosmahisham 24-7-2021 05:25 PM
Aki baca tajuk yg panas sampai september.mmg terpikir jgk kes ular masuk rmh..sekali terbaca tajuk ada bdk mati..aduihai ngerinye  kalau binatang ni masuk rmh..salam takziah!
Quote printercomel 24-7-2021 05:45 PM
Berbahagialah wahai anak bermain di taman taman syurga.  
Quote Meiizu 24-7-2021 07:18 PM
Sedihnya.semoga si ibu diberi ketabahan hati

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.495830 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top