CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lucu Kata Saya Pesan Nasi Ganja Guna Helikopter - Tengku Zafrul

24-7-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5608| Komen: 21

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dakwaan kononnya beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak menggunakan penghantaran helikopter, sebagai sesuatu yang lucu.


Beliau berkata, ada pihak menyalahgunakan gambar lamanya sedang makan nasi vanggey pada Disember 2020 untuk mengaitkannya dengan tindakan tersebut.


Gambar yang dimuat naik dalam Facebook Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menafikan beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak menggunakan penghantaran helikopter.

Beliau berkata, daripada menggunakan penghantaran helikopter, lebih baik menggunakan perkhidmatan penghantaran sedia ada sekali gus dapat membantu usahawan kecil.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Dis 2020, tapi crop tarikh.

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” katanya dalam catatan Facebook beliau malam ini.

Terdahulu, tular gambar kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Perak dipercayai milik syarikat swasta.

Helikopter yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan bertujuan mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di bandar raya ini yang dikenali sebagai nasi ganja.

Difahamkan, helikopter itu mendarat untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 24-7-2021 02:32 PM
Apakan daya..geng2 pak muntri mmg suka buat lawak lucu pun
Quote supernaturalee 24-7-2021 02:46 PM
Team csi tgh bekerja keras utk find out sape yg order tu
Kita tunggu....


Quote ResellerMaxis 24-7-2021 02:49 PM
lucu lagi jawab hal nasi ganja ni tapi buat xtahu bila orang tanya mana 150,000 laptop yang dijanjikan?
Quote whimsicalmusic 24-7-2021 03:47 PM
Euwww zizik nya
Quote whimsicalmusic 24-7-2021 03:50 PM
Eh apesal komen aku kt sini..aku komen kt tmpt lain keluar kt sini..glitch la ni bengong
Quote binipopeye 24-7-2021 03:53 PM
kalo geng ipoh mali nih...  tah2 endup dapig yg olerrr olerr.. lasi lanjar
Quote LadyCarefree 24-7-2021 07:13 PM
Dia ni bukan ke ada ramai acik porum berair pepek?
Quote nakkomenjugak 24-7-2021 07:21 PM
ihihihhihihihihihihihi
Quote Babai 24-7-2021 07:33 PM
supernaturalee replied at 24-7-2021 02:46 PM
Team csi tgh bekerja keras utk find out sape yg order tu
Kita tunggu....

Kenapa dia orang lambat sangat?
Quote LadyCarefree 24-7-2021 09:48 PM
Edited by LadyCarefree at 24-7-2021 08:49 PM
LadyCarefree replied at 24-7-2021 06:13 PM
Dia ni bukan ke ada ramai acik porum berair pepek?


Muahahaha benda betul ler wahai momod. Takpe, momod ada power. Saya xde power. Saya akur. Takde hal.
Quote pagaruyung 24-7-2021 10:01 PM
Haruslah lambat siasat..kalau marhean yg rentas negeri cepat jaa dpt tgkp..
Quote stingerspike 24-7-2021 10:07 PM
LadyCarefree replied at 24-7-2021 07:13 PM
Dia ni bukan ke ada ramai acik porum berair pepek?

apa yg diban?
Quote stingerspike 24-7-2021 10:11 PM
LadyCarefree replied at 24-7-2021 09:48 PM
Muahahaha benda betul ler wahai momod. Takpe, momod ada power. Saya xde power. Saya akur. Takde  ...

Kedits berlemon lemon boleh la kau eksen jackson sebut takda hal.....cuba macam aku...sekali kena libas terpaksa replace  dgn nick baru...

kahkahkahkahkah
Quote LadyCarefree 24-7-2021 11:50 PM
stingerspike replied at 24-7-2021 09:11 PM
Kedits berlemon lemon boleh la kau eksen jackson sebut takda hal.....cuba macam aku...sekali kena  ...

Takpe. Tu dah jd identity hang. Unique gitu.
Quote LadyCarefree 24-7-2021 11:50 PM
stingerspike replied at 24-7-2021 09:07 PM
apa yg diban?

Komen ni la. Tp kalau in quotes dia keluar. LoL.
Quote stingerspike 24-7-2021 11:59 PM
LadyCarefree replied at 24-7-2021 11:50 PM
Komen ni la. Tp kalau in quotes dia keluar. LoL.

Semakin hari aku perhatikan semakin hampir board CI bakal jadi board agama.....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingerspike 24-7-2021 11:59 PM
LadyCarefree replied at 24-7-2021 11:50 PM
Takpe. Tu dah jd identity hang. Unique gitu.

Identity hotak kau berjambol....

Kahkahkahkshkahkah
Quote LadyCarefree 25-7-2021 12:00 AM
stingerspike replied at 24-7-2021 10:59 PM
Semakin hari aku perhatikan semakin hampir board CI bakal jadi board agama.....

Kahkahkahkahkah ...

Semenjak momod sskjp kah?
Quote LadyCarefree 25-7-2021 12:01 AM
stingerspike replied at 24-7-2021 10:59 PM
Identity hotak kau berjambol....

Kahkahkahkshkahkah

Jambul tadok. Tanduk je ada. Anak setan bak kata kakanah. LoLLLL

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057281 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top