CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elvina Terkejut Lelaki Gila Seks Terjah IG Live Tunjuk 'Anu'

24-7-2021 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6795| Komen: 28

Hasrat pelakon Datin Elvina Mohamad, 36, melepas rindu bersama rakan baiknya menerusi siaran langsung Instagram semalam, bertukar mimpi ngeri selepas seorang pengikut lelaki 'terlepas' masuk sebelum menunjukkan kemaluannya dalam sesi itu.


Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, insiden itu berlaku selepas rakannya tersilap menerima masuk individu terbabit ke dalam perbualan mereka.


Kredit foto: IG Elvina

"Ceritanya seorang rakan ajak saya 'live' di Instagram. Saja nak lepas rindu sebab sudah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik Covid-19 ini, media sosial tempat kita nak lepaskan rindu, dan berhubung dengan yang lain. Malangnya, lain pula yang jadi.

"Seorang daripada rakan kami komen minta nak join 'live', jadi Zawa (rakan) pun terima permintaan daripada dia. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu tak bertanggungjawab godam 'live' kami dengan menunjukkan kemaluannya," katanya.


Elvina berkata, dia masuk terkejut dengan apa yang berlaku dan menasihatkan sesiapa yang membuat sesi siaran langsung di media sosial supaya berhati-hati.

"Tolong berhati-hati sebab saya dapat maklumat, ini bukan kali pertama individu terbabit godam sesi 'live' orang lain," katanya.

Selain menyarankan semua berhati-hati, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut berpesan supaya individu terbabit hentikan perbuatan sebegitu.

"Kepada individu yang tak bertanggungjawab itu, media sosial ini bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Tolonglah berhenti buat benda tak senonoh tu! Engkau dah kenapa?" katanya.



Menerusi video sewaktu insiden yang dikongsi Elvina, dia bersama dua rakannya rancak berborak sebelum menerima masuk seorang individu. Sebaik pengikut itu menunjukkan kemaluannya, mereka jelas terkejut besar sebelum tamatkan sesi 'live' terbabit.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 24-7-2021 03:54 PM
Alamak berani nye...
Quote slyfynx 24-7-2021 04:10 PM
Sorry, hati aku itam.
So aku fikir mende ni just nk upkan nama geng2 die, dan die sendiri sbb dah lama org x bukak cerita pasal die.
Quote akuHavocczz 24-7-2021 06:12 PM
Yang simply add orang masuk live pehal?
Quote kakigojes 24-7-2021 06:18 PM
Bukan nak masuk kene request ke
Quote annadonna 24-7-2021 06:39 PM
Terkejut ke suka?
Quote nakkomenjugak 24-7-2021 07:25 PM
tak boleh ke pakai zoom ke whastapp ke atau apa2 app selain ig? ig live lebih kepada umum kot.
Quote Rogue98 24-7-2021 07:28 PM
Okay lahhhhh.....
Nak juga limelight...
Quote sfrnna 24-7-2021 08:15 PM
Live dgn kengkawan yang whoareyouss mmg kena show kat follower ka. Takdak WhatsApp group ke telegram ke Skype ke facetime ke.
Quote lazim 24-7-2021 08:38 PM
Abg iols tgk live ni.. Dia punya mengekek kontol ireng.. Riuh cite
Quote dudaberhias 24-7-2021 08:44 PM
macam nak tiru safiey ilias punya live je tu
lepastu buat2 terkejut gittew...
Quote papazola90 25-7-2021 10:02 AM
jiwa sakit masyarakat ni
Quote Raline 25-7-2021 10:21 AM
cmni la... sbnarnya ramai stim n datin ni
Quote gideoncross 25-7-2021 11:02 AM
Edited by gideoncross at 25-7-2021 11:03 AM
nakkomenjugak replied at 24-7-2021 07:25 PM
tak boleh ke pakai zoom ke whastapp ke atau apa2 app selain ig? ig live lebih kepada umum kot.

Yg ni logik sbb nak contact kwn2 kn? Sptutnya boleh je pkai Whatsapp or Telegram or Zoom tpi still jugak nak Insta sdgkn Insta tu public.
Quote gideoncross 25-7-2021 11:04 AM
sfrnna replied at 24-7-2021 08:15 PM
Live dgn kengkawan yang whoareyouss mmg kena show kat follower ka. Takdak WhatsApp group ke telegram ...

Btul tu, klau yg personal xyah lh tnjuk kat Insta.
Quote nakkomenjugak 25-7-2021 02:33 PM
gideoncross replied at 25-7-2021 11:02 AM
Yg ni logik sbb nak contact kwn2 kn? Sptutnya boleh je pkai Whatsapp or Telegram or Zoom tpi still ...

Khenzzzz.
Sape jelaa heran sheols nak berbawang dengan geng2 whoareyusss sheols.
Take that shid somewhere else.
Quote awexgaban7 25-7-2021 09:58 PM
Kena accept dulu kan… ntah meolz pon confuse
Quote bedahmenjuyah 25-7-2021 10:01 PM
Dah lama tak masuk TV kot. Tu yg nak broadcast tu.
Quote biozipstar 27-7-2021 10:37 PM
akhir zaman
Quote virgocircus 27-7-2021 10:39 PM
Attention seekers much!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063137 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top