CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hefny Pakai Gelang Pink - “Semoga Jadi Asbab Penghapus Dosa”

24-7-2021 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4176| Komen: 16

Penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad, 34, mengesahkan dijangkiti pandemik COVID-19.

Menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Hefny memuat naik gambar gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangannya, semalam.


Hefny berkata, keadaannya kini semakin baik, berbanding beberapa hari lalu.


Kredit foto: IG Hefny

Bagaimanapun, Hefny tidak berkongsi secara terperinci bagaimana boleh mendapat jangkitan virus berkenaan. Sebaliknya, berjanji menceritakan pengalaman yang dilalui, tidak lama lagi.

"Semoga menjadi asbab penghapus dosa. Alhamdulillah, keadaan saya hari ini baik-baik sahaja berbanding tiga, empat hari lalu.

"Nanti saya berkongsi sedikit kronologi dan simptom yang saya lalui sepanjang beberapa hari supaya dapat belajar sesuatu dan bersedia. Stay safe guys!," tulis Hefny.



Sementara itu, ruangan komen Hefny dihujani ucapan pengikut dan rakan selebriti yang mendoakan Hefny segera diberikan kesembuhan.

Tidak ketinggalan, rakan gandingannya menerusi segmen Duo Sinar di Sinar FM, Siti Elizad turut memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

"Aku doakan kau cepat sembuh okay! Walaupun kau suka sakitkan hati, aku doakan kau kuat dan diberikan kesihatan yang baik supaya kembali jadi supir aku seperti sedia kala," tulis Siti Elizad.



Doa dan kata-kata semangat Siti Elizad itu kemudiannya dikongsi Hefny dalam IG Story.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-7-2021 01:26 PM
ABES LA KONEK MENGECIK.
Quote kakakgarang 23-7-2021 02:53 PM

HAHHAAHAHAHAHAHAHAHAHA winnn
Quote krustykrab 23-7-2021 04:18 PM
dua_chzy replied at 23-7-2021 01:26 PM
ABES LA KONEK MENGECIK.

Hahahaha...jahata la chezy
Quote dudaberhias 24-7-2021 10:12 AM

kesiannya... iols syak aliff aziz tu pun kena covid kot kaka... tu yang dari pisang tanduk terus jadi putik jagung...
takpelah kalau konek mengecik... terpaksa menungging jadi bottem gamaknya...
Quote nakkomenjugak 24-7-2021 07:26 PM
check seluar cepat hepny
Quote sfrnna 25-7-2021 06:45 AM
Kalau gelang pink category 1 & 2 x perlu la nak cerita sedih2. Next!
Quote hyie 25-7-2021 12:34 PM
meols tumpang bersedih yach! Mohon dik Hefny potong rambut segera.
Quote biozipstar 27-7-2021 10:35 PM
oh yekee................. moga cepat sembuh uols!!!
Quote MoneyMatters 27-7-2021 10:36 PM
Who are yous hefny ni. Nama cam pnah dgr tp xtau apa cite top dia haha
Quote heythere123 30-7-2021 01:17 AM
get well soon
Quote heythere123 30-7-2021 01:17 AM
MoneyMatters replied at 27-7-2021 10:36 PM
Who are yous hefny ni. Nama cam pnah dgr tp xtau apa cite top dia haha

sebab dia banyak jadi side characters. Muka dia macam selalu ada, tapi nak pinpoint drama apa tu mesti susah nak ingat
Quote rayray28 30-7-2021 01:43 AM
heythere123 replied at 30-7-2021 01:17 AM
sebab dia banyak jadi side characters. Muka dia macam selalu ada, tapi nak pinpoint drama apa tu m ...

cite maid kot dia berlakon...suke dia dlm cite tu
Quote heythere123 30-7-2021 01:47 AM
rayray28 replied at 30-7-2021 01:43 AM
cite maid kot dia berlakon...suke dia dlm cite tu

ha, yg tu. Pastu i ingat drama astro banyak je dia berlakon. Ada dekat astro ceria
Quote da_lynn 30-7-2021 01:04 PM
Pernah jadi tunangan uqasha kan dia ni.
Motip iols hengat
Quote MISZZZ 30-7-2021 01:16 PM
ramai sgt dah skrg ni kes, kalau setakat tahap 1 2, kena kuarantin dalam bilik, boleh layan youtube, ig, fb lagi tak yah nk buat cerita sedih, duit ada lagi nak oder makanan  banyak2, apa nak risau

dari ex pesakit covid jugak
Quote eely_shana 30-7-2021 05:20 PM
Semoga cpt smbuh.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050747 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top