Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman tampil memberi penjelasan mengenai duit sumbangan sebanyak RM20 juta yang digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini.
Perkara itu diperjelaskan dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin, pada Sabtu. "Duit RM20 juta itu bukan disumbangkan pada setiap tahun. Bukan setiap tahun kita dapat RM20 juta. "Bila disebut ada perang, dapat RM20 juta. Perang itu tidak berlaku setiap tahun. Jadi, macam mana boleh dapat RM20 juta itu setiap tahun? "Duit RM20 juta bukan diuruskan oleh CGM sahaja, tetapi ia sebenarnya dikutip oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) anak-anak muda yang telah berpuluh-puluh tahun dalam kerja-kerja kebajikan," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertikaian ke mana perginya duit mencecah RM20 juta memandangkan ia merupakan sumbangan orang ramai menerusi misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Sehubungan itu, Nadir menyifatkan tuduhan itu sebagai tuduhan yang salah. Sumber: mStar
|
JunkMail replied at 24-7-2021 02:06 PM
Tu takyah laporan. Menangis.je cukup.. semua org redha.
allshares replied at 24-7-2021 02:18 PM
Mcmni la baru betul, takde nk kait mak bapak bini anak tangisan cerita kena maki ape smeua. Keluarka ...
misc replied at 24-7-2021 02:23 PM
Aku follow live tadi. Mmg jelas penerangannya. Waktu Azan zohor pun dorang pause jap bagi laluan Aza ...
ADVERTISEMENT