CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Korang Nak Menteri Yang Tak Buat Kerja, Merepek Kerepek" - Wardina

24-7-2021 06:12 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11719| Komen: 65|Original author: Oleh: LilRose

Keputusan kerajaan untuk membuka semula sekolah pada 1 September dipertikaikan banyak pihak.

Ia termasuk bekas Menteri Pendidikan iaitu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.




Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa ramai ibu bapa dan pendidik tertanya-tanya mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tergesa-gesa  membuat pengumuman itu?

"Ramai ibu bapa yang merasakan apakah rasionalnya keputusan tergesa-gesa KPM sedangkan program agihan 150,000 komputer masih lagi belum selesai untuk membantu murid miskin.

"Apakah pengumuman pembukaan semula sekolah pada 1 September ini sekadar menjadi alasan untuk tidak menyelesaikan baki agihan komputer yang dijanjikan itu?" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis yang dipetik dari Sinar Harian.

Berikutan itu, selebriti Wardina Saffiyah menerusi Instastory memuji keprihatinan Maszlee dan menempelak mereka yang memilih 'menteri yang tidak buat kerja dan merepek'.


Kredit foto: IG

Dia juga berkongsi beberapa tangkap layar komen balas pada IGStorynya itu.

Rata-ratanya daripada golongan guru menyuarakan sokongan terhadap Maszlee dan memuji hasil kerja dan idea bagus dilontarkannya sewaktu masih memegang jawatan Menteri Pendidikan.




Kredit foto: IG

Malah, ada yang mendakwa masih mengadu kepada Maszlee berhubung dilema dihadapi mereka hari ini.

Kata Wardina, dia berkongsi mengenai pandangan orang ramai di laman sosial supaya sedikit sebanyak dapat membersihkan nama Maszlee yang menjadi troll netizen.



Kredit foto: IG

Wardina berharap agar ada pihak terbuka mata dan faham mengapa dia menyokong Maszlee.

Maszlee ni menteri yang betul-betul disayangi warga guru terutamanya sampai mahu dia kembali menerajui kementerian berkenaan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 24-7-2021 06:18 PM
Dr Maszlee memang bagus tapi karakter dia tak sesuai jadi menteri. Dia boleh jadi pengarah pendidikan atau pengetua sekolah. Nak jadi menteri tak boleh lurus sangat. Ko wardina, diam! Engkolah merepek kentang. Kena campak kat marikh pun mulut ko atas bawah tak reti tutup.
Quote MissYouSayang 24-7-2021 06:27 PM
Maslee mmg la bagus tp dia lalang dan tiada pendirian tepat.pasal kasut  je dah heboh satu negara sampai piyem sendiri nak kena cuci tahi org lain
Quote chaos_sweetly 24-7-2021 06:32 PM
Wanita bijaksana serba tahu.
Quote harkktuih 24-7-2021 06:34 PM
Lek la.. Radzi jidin nnt konar la kptsn bukak sekolah..
Quote keymale 24-7-2021 06:37 PM
wardina.. x pyh la nk komen klu bkn bidang kau.. ntborg lain komen bab artis.. x terjawab plk.. maaf ckp la.. klu bab artis.. byk sisi yg x baik dr sisi baik..ckp lebih plk nt dikatakan mengata.. diam lebih baik
Quote exclusive_vvip 24-7-2021 06:40 PM
harap2 tahun ni buka sekolah utk pelajar2 spm & stpm je la..yg lenlain buka tahun depan je la..risau kes x turun2 ni..lagipun senang sikit kot,makpak tak gaduh nak byr tambang bas segala
Quote SPACE COP GABAN 24-7-2021 07:04 PM
Kan ke 1 sept tu utk bdk2 yg nak spm dan stpm jer ..apasal yg lain ni melalak sgt. Dan itu pun jangkaan shj supaya ibu bapa, murid, guru dan sklh bersedia. Dulu masa kpm umum seminggu atau 2 mggu ramai meroyan kata tak sempat bersedia bagai...bila bgtau awal2 mcm ni meroyan juga. Apa2 pun pembukaan sklh nnt tetap akn lihat kpd kes semasa.. bawa2 la bertenang masing2..
Quote nazzse 24-7-2021 07:07 PM
Dia ni tak layak komen. Diamlah ko, dok sini tak, mengundi pun tak, ada hati nak komen mcm2.
Quote TomyamPuteh 24-7-2021 07:07 PM
Alahhh. Rileks la.Jiddin rambut buku teks kan kaki u turn.
Quote rosannazmia 24-7-2021 07:08 PM
Harap betul lah spm n stpm dulu… knowing current minister minggu dpn form 4 n dak sek rendah… gituuhhh keputusan dia…
Quote katakauu 24-7-2021 07:20 PM
TomyamPuteh replied at 24-7-2021 07:07 PM
Alahhh. Rileks la.Jiddin rambut buku teks kan kaki u turn.

hahahahahaha hawau la kau... yela buku teks rambutnya terbelah dua.. bagus tu kalau lipat dua belah boleh jadi LOVE
Quote katakauu 24-7-2021 07:21 PM
annadonna replied at 24-7-2021 06:18 PM
Dr Maszlee memang bagus tapi karakter dia tak sesuai jadi menteri. Dia boleh jadi pengarah pendidika ...

betul sesuai jadi pengetua. biar kerani pejabat sekolah yang pakai gincu Pink+ baju melekap sabbela tu layan buat kopi kat dia..
Quote nakkomenjugak 24-7-2021 07:30 PM
entah la kan. tengok jela apa citenya nanti
Quote Mulotkoyak 24-7-2021 08:05 PM
annadonna: Dr Maszlee memang bagus tapi karakter dia tak sesuai jadi menteri. Dia boleh jadi pengarah pendidikan atau pengetua sekolah. Nak jadi menteri tak bole ...


Ak baru nak buat statement ni... Artis ni kan sibuk kje ahli politik.. Kalo bab die kne tuding jari br nk mengelabah tetek... Kate peminat xleh masok campur.
Quote Perk77 24-7-2021 08:27 PM
Wardina ni cantik juga
Jgn korang marah dia..sebba dia bosan duduk Sana dia takde kawan..jadi kerja nya asyik tgk ape yg  berlaku kat msia ni.....nak balik tk boleh ..covid...so Tu yg berkicau Dr jauh......oklah wardina...semoga sukses ape yg Di kejar Kan Di Sana....
Quote sfrnna 24-7-2021 08:28 PM
Dia okay, tp dia x sesuai jadi org politik. Dia nampak weak. Tak nampak macam leader. Sesuai jadi penasihat ahli politik ja kot
Quote mamamia98 24-7-2021 08:35 PM
Dia ni mmg x leh duk diam ke dekat Australia sana tu. Semua benda nak ulas.
Quote mclaren 24-7-2021 08:50 PM
TomyamPuteh: Alahhh. Rileks la.Jiddin rambut buku teks kan kaki u turn.

Rambut buku teks? Ha ha ha ha
Baru perasan ha ha
Quote mclaren 24-7-2021 08:51 PM
exclusive_vvip: harap2 tahun ni buka sekolah utk pelajar2 spm & stpm je la..yg lenlain buka tahun depan je la..risau kes x turun2 ni..lagipun senang sikit kot,makpa ...


Yes setuju dengan ni. SPM STPM je. Yang lain2 paling awal pun tahun depanlah tu pun kalau kes turun inshaallah.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055930 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top